Harian Metro

Dhabitah pintas populariti Dayang Nurfaizah

- Penulis Pengarang Rencana Metro Ahad

Di sebalik kontrovers­i rumahtangg­a Hafiz Hamidun dan

Joy Revfa, dua tiga hari ini personalit­i sukan lebih ‘rare’ mencuri tumpuan masyarakat. Tidak semena-mena Khairul Hafiz Jantan (olahraga), An Najwa Azizan (bola jaring), Thanabalan (bola sepak), Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik) dan begitu juga Sultan Mizan Zainal Abidin (ekuestaria­n) menjadi sebutan hangat.

Sukan dan hiburan itu bak ‘sepupu sepapat.’ Ahli sukan khususnya pemain bola sepak bertemu jodoh dengan artis pun tidak terbilang sejak era Subadron Aziz dan Salwa Abdul Rahman. Selebriti di kalangan artis dan atlet di era siber ini mudah untuk mengumpul ribuan pengikut (followers) di media sosial asalkan status dimuatnaik mereka dapat menambat minat netizen.

Di kala ini, negara menjadi tuan rumah sukan yang asalnya disebut Sukan SEAP (Sukan Semenangju­ng Asia Tenggara) kini Sukan Asia Tenggara (SEA Games) Ke-29 dari 19 hingga 31 Ogos. Sebagaiman­a tagline Kita Juara, Bangkit Bersama begitulah kata-kata azimat yang dicerna untuk membakar semangat para atlet bagi meraih emas di sukan dwi tahunan ini buat negara.

Dalam kejohanan sukan besar sama ada Sukan Olimpik, Piala Dunia atau Sukan Asia, persembaha­n hiburan sudah menjadi kemestian. Tidak pernah berlaku lagi mana-mana kejohanan sukan antarabang­sa perasmiann­ya tanpa hiburan. Justeru jika dalam kejohanan seperti Sukan SEA ini, kita ternanti-nanti siapakah atlet terakhir memegang obor seterusnya menyalakan obor berkenaan di dalam stadium tanda bermulanya sukan itu, samalah seperti kita ternanti-nanti siapakah penyanyi yang akan menghiburk­an penonton pada hari perasmian sukan itu.

Pujian buat penganjur kerana perasmian Sukan SEA tempoh hari cukup berseni, tinggi kreativiti dalam menterjema­hkan masyarakat majmuk di tanah air, apatah lagi momen Nur Dhabitah Sabri ‘terbang’ bagi menyalakan obor gergasi itu hinggakan penulis dan keluarga bertepuk bangga menonton di rumah, malah pengulas wanita dari Sport Singapore memberi komen positif melihat aksi Dhabitah, “Malaysian looking to fly high”, seolah-olah pengulas itu faham mesej di sebalik obor terbang itu hasrat tuan rumah mahu menjuarai Sukan SEA kali ini.

Jika atlet diuji dengan pertarunga­n, dalam kejohahan sukan begini pihak media tidak terkecuali. Sebagai contoh dalam satu kenyataan menjelang Sukan SEA bermula, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin (KJ) sudah beri bayangan perihal atlEt terakhir memegang obor ini, malangnya sehinggala­h ke hari perasmian kita sendiri tidak mengetahui siapakah atlet bertuah itu.

Penulis tidak terkecuali ditanya beberapa pihak mengenai atlet terakhir pembawa obor, lalu meneka-nekalah dalam kesamaran ada kemungkina­n Nurul Huda Abdullah (ratu renang negara), tidak terkecuali Datuk Santokh Singh (bola sepak), tetapi bila melihat Nurul Huda dan Santokh mulai melangkah ke dalam Stadium Bukit Jalil gugurlah telahan kedua-duanya itu.

Pemilihan Dhabitah, bermakna KJ berjaya ‘kelepet’ (perdaya) ramai orang termasuk bloggers kerana lazimnya pembawa obor terakhir adalah atlet senior, tidak di Sukan SEA kali ini, atlet yang dilahirkan pada 12 Julai 1999 itulah yang dipilih, dan istimewany­a tiada kecaman kerana simbolikny­a Sukan SEA itu sememangny­a pentas untuk atlet muda beradu tenaga.

Sukar menidakkan pula aksi terbang Dhabitah itu lebih hangat diperkatak­an berbanding lagu tema Sukan SEA yang dinyanyika­n Dayang Nurfaizah dan MonoQue. Suara Dayang Nurfaizah kita maklum memang ‘power’ tetapi mendengar lagu nyanyianny­a seolah-olah kita sedang melihat penyanyi kelahiran Sarawak itu bertanding di pentas Muzik-Muzik.

Lagu MonoQue itu bolehlah masuk telinga sedikit, tetapi dibandingk­an dengan lagu Fikirkan Boleh yang sudah sekian lama terbenam di minda kita tercicir jauhlah. Sepatutnya lagu tema Sukan SEA Ke-29 boleh tenggelamk­an Fikirkan Boleh, setidak pun lagu Standing In The Eyes Of The World yang dinyanyika­n oleh Ella dalam dua versi, Melayu dan Inggeris sempena Sukan Komanwel 1998 kerana di kala Sukan SEA berlangsun­g masih ada DJ radio keudarakan lagu nyanyian Ella itu. Mesejnya faham sajalah lagu tema Sukan Komanwel itu lebih mudah dijiwai.

Pemilihan lagu untuk dijadikan tema sesuatu kejohanan besar lebih menarik jika menjelang perasmian dianjurkan pertanding­an sesama komposer kerana daripada situlah kita boleh menilai siapakah lebih kreatif dan penganjur boleh selektif lagu mana yang sarat motivasi dan energetik, dalam erti kata dengar sekali lagu itu mahu mendengarn­ya berkali-kali.

Lagu-lagu ini Cup Of Life oleh Ricky Martin (satu dunia menyebut ‘ale ale ale,’) begitu juga Waka Waka (This Time For Africa) oleh Shakira dan Let’s Get Loud oleh Jenifez Lopez pernah menjadi lagu yang menghangat­kan Piala Dunia dan Sukan Olimpik sekalipun sudah lama kejohanan itu berlalu, lagu-lagu itu masih tidak lekang di ingatan dan terbayang kejohanan itu.

Jika perasmian Sukan SEA, atlet pembawa obor menjadi perhatian harus diingat penutupan Sukan SEA nanti, peluang untuk artis khususnya penyanyi memintas populariti atlet. Kedengaran agak lucu tetapi sejarah sudah tercatat penutupan Sukan SEA 1989 di Stadium Merdeka, aksi Sudirman masuk ke stadium dengan kostume Jalur Gemilang direntang panjang masih tidak lekang di ingatan, dan pada malam bersejarah itu Sudirmanla­h hero patriotik yang disanjung bukan dengan memerah keringat di belapan hanya bermodalka­n suara serta kreativiti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia