Harian Metro

INDUSTRI HARTANAH MEGAH BERDIRI

-

bagi rakyat tempatan saja, malah ia satu daripada sektor penting memacu perkembang­an ekonomi negara.

Berdasarka­n Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) dalam Laporan Pasaran Hartanah 2016, lebih 320,000 transaksi bernilai RM145.41 bilion dicatat, sekali gus menunjukka­n nilai hartanah di Malaysia sentiasa mendapat permintaan pasaran.

Perkembang­an industri ini bukan saja memberi kesan baik kepada ekonomi negara secara makro, malah ia turut memberi limpahan ekonomi kepada rakyat menerusi peluang pekerjaan sama ada daripada pekerja binaan sehingga jurujual hartanah.

Pertumbuha­n pesat sektor hartanah negara turut disedari pelbagai entiti penarafan atau penilaian antarabang­sa yang melihat Malaysia satu negara yang mempunyai pertumbuha­n terpantas dalam industri hartanah di rantau Asia Tenggara.

Tambahan, setiap tahun terdapat pelbagai agensi penyelidik­an dan kajian industri hartanah meneropong pembanguna­nnya secara terperinci untuk dilaporkan kepada umum dan ini membuktika­n bahawa kemajuan sektor hartanah mempunyai kepentinga­n kepada ramai pihak.

Syarikat pemaju hartanah tempatan juga tumbuh bagai cendawan dan berlumba-lumba menghasilk­an jualan produk hartanah yang terbaik, sama ada untuk pasaran tempatan mahupun luar negara.

S P Setia Bhd umpamanya syarikat pemaju hartanah yang tidak perlu diperkenal­kan lagi. Sebuah syarikat hartanah tempatan yang kini bukan saja mampu mencipta rekod baik di Malaysia, malah dikenali di persada antarabang­sa.

Dengan pengalaman lebih empat dekad ia diiktiraf sebagai satu daripada pemain hartanah utama yang turut dikenali di mata dunia apabila mampu melebarkan sayap perniagaan­nya ke lima negara lain termasuk Vietnam, Singapura, Australia, China dan United Kingdom (UK).

Bagi pasaran domestik pula, S P Setia tertumpu kepada tiga kawasan ekonomi utama iaitu Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang selain Kota Kinabalu, Sabah.

Antara portfolio utama syarikat itu merangkumi perbandara­n, kawasan perlindung­an alam sekitar, kediaman mewah, kediaman bertingkat tinggi, perdaganga­n dan runcit serta projek hartanah bercampur.

Budaya korporat S P Setia antaranya adalah memberi tumpuan kepada prinsip kecemerlan­gan berterusan yang menunjukka­n visi ‘Untuk Menjadi Yang Terbaik Dalam Semua Yang Kami Lakukan’.

S P Setia bertumpu kepada projek di Lembah Klang dan Setia Alam adalah projek utama syarikat hartanah terbabit. Projek berkenaan yang terletak di Shah

Alam, Selangor itu adalah pembanguna­n perbandara­n bercampur 2,525 ekar (1,010 hektar) dengan jumlah Nilai Pembanguna­n Kasar (GDV) bernilai RM20.8 bilion.

Kini Setia Alam megah berdiri sebagai sebuah perbandara­n yang matang dengan anggaran penduduk sekitar 60,000 orang. Selain itu, Setia

Alam juga memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia pada tahun lalu.

Contoh kedua yang mungkin menggambar­kan landskap industri hartanah Malaysia amat membanggak­an adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Sime Darby Property Bhd dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam sektor hartanah.

Sime Darby Property terus berkembang pesat sebagai sebuah syarikat dengan komitmen untuk memenuhi keperluan dunia hartanah yang semakin memberangs­angkan di Malaysia.

Syarikat itu turut memperluas­kan capaian dan rangkaiann­ya untuk membina perbandara­n bersepadu yang khusus serta pembanguna­n berorienta­sikan transit seperti komersial dan perindustr­ian.

Antara projek yang giat dijalankan Sime Darby Property, Kumpulan Wang

 ??  ?? PROJEK Stesen Power Battersea terletak di Kota London yang dibangunka­n anak tempatan jadi kebanggaan rakyat Malaysia.
PROJEK Stesen Power Battersea terletak di Kota London yang dibangunka­n anak tempatan jadi kebanggaan rakyat Malaysia.
 ??  ?? SP Setia terus meneroka pasaran hartanah luar negara termasuk di Australia dengan projek berprestij.
SP Setia terus meneroka pasaran hartanah luar negara termasuk di Australia dengan projek berprestij.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia