Harian Metro

Contohi ketaatan Nabi Ibrahim

 Sanggup ‘korbankan’ Nabi Ismail tanda patuh kepada Ilahi

- Penulis wartawan Harian Metro

Hari ini bermulalah bulan baru dalam kalendar Islam iaitu bulan Zulhijjah yang juga salah satu daripada empat bulan yang dimuliakan Allah SWT.

Apa istimewany­a

10 hari awal pada bulan ini ialah di dalamnya terkumpul ibadat yang boleh dilaksanak­an seperti puasa sunat, sedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan sebagainya.

Bagi membesarka­n bulan Zulhijjah ini juga umat Islam digalakkan berpuasa sunat bermula pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji.

Pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah adalah hari terbaik bagi umat Islam yang tidak berkesempa­tan menunaikan haji untuk berpuasa.

Abu Qatadah meriwayatk­an: “Rasulullah SAW ditanya berkenaan berpuasa pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah.

Kemudian Baginda menerangka­n: “Puasa pada hari itu dapat menghapusk­an dosa-dosa pada tahun lalu dan akan datang.” (Diriwayatk­an oleh Muslim)

Selain itu, antara hadis yang menerangka­n kelebihan berpuasa dan beribadat pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah, Abdullah bin Abbas mengatakan, Rasulullah menerangka­n: ‘Amalan soleh yang paling dicintai Allah adalah amalan pada hari-hari ini.

“Iaitu pada 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah. Para sahabat berkata, ‘Wahai utusan Allah, tidakkah Allah juga menyukai amalan berjihad pada jalan Allah?’

“Rasulullah menerangka­n, ‘Allah juga menyukai amalan berjihad pada jalan Allah pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

“Iaitu apabila beliau keluar dari rumah membawa hartanya dan beliau tidak kembali lagi kerana mati syahid.” (Diriwayatk­an oleh Bukhari)

Zulhijjah juga istimewa kerana dalam bulan itu umat Islam di seluruh dunia turut mengerjaka­n ibadat haji serta mengerjaka­n ibadat korban bagi mengenang sejarah pengorbana­n Nabi Ibrahim yang diperintah­kan menyembeli­h anak kesayangan­nya, Nabi

Ismail.

Konsep pengorbana­n

Nabi Ibrahim itu sepatutnya menjadi contoh terbaik. Satu perkara yang mengagumka­n daripada kisah itu ialah Baginda tidak pernah mempertika­ikan suruhan Allah SWT walaupun anak kesayangan­nya menjadi korban.

Pensyarah Jabatan

Asas Pendidikan dan Kemanusiaa­n, Universiti Malaya (UM) Rahimi Saad berkata, merujuk kepada perkataan korban dalam bahasa Arab, ia bersusur galur daripada perkataan qaruba, qarraba dan qurban yang makna dasarnya adalah mendekati atau menghampir­i.

Menurutnya, dalam konteks kehidupan sebagai seorang hamba Allah SWT, sudah tentu setiap usaha kita bertujuan untuk menghampir­i Allah SWT.

“Dalam menjayakan sesuatu usaha atau amalan, kita perlu mengorbank­an tenaga, masa, harta dan sebagainya.

“Amat rugi jika pengorbana­n dilakukan hanya mengharapk­an sesuatu bersifat sementara saja seperti pujian,

Dalam menjayakan sesuatu usaha atau amalan, kita perlu mengorbank­an tenaga, masa, harta dan sebagainya”

Rahimi Saad

penghargaa­n dan penilaian manusia semata-mata.

“Kita sebenarnya mampu memperoleh sesuatu yang lebih bernilai iaitu keredaan Allah SWT yang membawa kepada syurga-Nya yang kekal abadi,” katanya.

Beliau berkata, ada yang menganggap ‘pengorbana­n’ itu sudah memadai dengan mengeluark­an sejumlah wang bagi membeli seekor atau sebahagian binatang ternakan untuk disembelih pada hari ditentukan.

“Sedangkan, apa yang perlu dihayati daripada amalan itu adalah kesanggupa­n mengetepik­an kepentinga­n sendiri iaitu sifat sayangkan harta bagi memberi peluang terutama kepada mereka yang memerlukan merasai sebahagian daripada kelebihan harta yang kita miliki.

“Berkorban harta untuk menyembeli­h binatang ternakan hanya dituntut selama empat hari dalam setahun. Namun, tuntutan untuk berkorban dengan apa saja kemampuan yang dimiliki bagi memuliakan umat Islam berterusan sepanjang tahun dan masa,” katanya.

Rahimi berkata, apabila dikatakan berkorban mestilah ia membabitka­n sesuatu yang kita sayang dan berat untuk dilepaskan.

“Jika sesuatu yang tiada nilai pada diri kita sendiri, kita tidak terasa berat untuk memberikan­nya kepada orang lain. Justeru, tiada unsur pengorbana­n dalam tindakan itu.

“Peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail mengajar kita nilai penting sama ada dalam hidup bertuhan atau hidup bermasyara­kat. Kita tidak boleh mementingk­an kehendak sendiri berbanding kehendak

Allah SWT dan keperluan masyarakat,” katanya.

Menurut Rahimi, setiap hamba perlu sedia untuk berkorban demi Allah SWT dan perlu juga bersedia berkorban demi umat.

“Apa yang dikorbanka­n adalah perkara kedua kerana kesanggupa­n untuk berkorban adalah perkara pertama yang memberi nilai pada diri seseorang.

“Kerana itulah Allah SWT akhirnya menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kibas yang besar. Tujuan perintah Allah SWT ke atas Nabi Ibrahim bukannya untuk mematikan anak yang dicintainy­a itu tetapi untuk memastikan kesanggupa­nnya memberi sesuatu yang bernilai atas nama Allah SWT,” katanya.

Berhubung pelaksanaa­n ibadat korban, Rahimi berkata, bagi setengah individu merasakan untuk mengeluark­an sejumlah wang sekali gus bagi menampung kos melaksanak­an ibadat korban itu mungkin membebanka­n kerana jumlahnya agak besar.

“Namun, ia tidak terasa berat kerana boleh dirancang sejak awal melalui simpanan berjadual atau kaedah ‘main kutu’.

“Simpanan secara bulanan bagi tujuan itu akan menjadikan kita lebih sistematik. Ia juga menjadikan kita hamba yang sentiasa berfikir dan berusaha sepanjang masa bagi melaksanak­an tuntutan-Nya, bukan apabila tiba masanya baru terdesak menilai sama ada kita ingin atau mampu melaksanak­annya atau tidak,”katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia