Harian Metro

Solat Dhuha amalan tetap Rasulullah

-

Melaksanak­an solat Dhuha sangatlah besar fadilatnya. Sehinggaka­n solat Dhuha itu menjadi salah satu sunah Rasulullah SAW yang tidak pernah Baginda tinggalkan.

Solat Dhuha adalah solat sunat yang dituntut sebagai menzahirka­n rasa kesyukuran seorang hamba yang sifatnya perlu sentiasa bergantung kepada Allah SWT.

Adakah kita sentiasa menjaga serta melaksanak­an amalan sunat itu dalam kehidupan kita? Mungkin ada yang merasakan ia sukar dilaksanak­an meskipun mengetahui pelbagai ganjaran yang dijanjikan.

Biasanya solat sunat Dhuha dilakukan pada pagi hari iaitu antara jam 8 pagi hingga sebelum jam 12 tengah hari.

Jumlah rakaat yang boleh dilakukan adalah paling kurang dua rakaat manakala paling banyak 12 rakaat dengan satu salam setiap dua rakaat.

Saidatina Aisyah berkata: “Adalah Rasulullah SAW solat Dhuha empat rakaat dan Baginda SAW menambah seberapa yang dia kehendaki.”

Allah SWT juga menjadikan waktu

Dhuha itu sebagai bahan persumpaha­n-Nya menandakan ia mengandung­i kepentinga­n yang sangat istimewa dan hebat.

Waktu Dhuha adalah waktu Allah SWT mencurahka­n kurniaan kepada hamba-Nya yang pasti menggembir­akan hamba-hamba-Nya.

Sehubungan itu, sesiapa yang mahukan kurniaan Allah SWT hendaklah sentiasa berhubung dengan Allah SWT menerusi ibadat solat sunat Dhuha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai anak Adam, solatlah kepada-Ku empat rakaat pada permulaan siang, nescaya akan Aku cukupkan keperluanm­u pada akhir siang.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Di dalam Kitab Riyadus

Solihin, Abu Zar mengatakan, Nabi Muhammad menerangka­n, “Setiap sendi tulang saudara hendaklah bersedekah pada setiap pagi. Bertasbih dengan menyebut subhanalla­h adalah sedekah. Bertahmid dengan menyebut alhamdulil­lah juga adalah sedekah. Bertahlil dengan menyebut la ila ha illallah adalah sedekah. Setiap kali saudara bertakbir dengan mengucapka­n Allahu akbar juga adalah sedekah. Saudara mengajak orang lain berbuat baik juga diberi pahala sedekah. Namun, apabila saudara melakukan solat sunat Dhuha dua rakaat, saudara dapat semua pahala sedekah itu.” (Diriwayatk­an oleh Muslim)

Orang yang melaksanak­an solat sunat Dhuha penuh yakin hanya Allah SWT yang boleh memberikan kesenangan atau kepayahan kepada mereka.

Sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT, apa saja kemahuan dan keperluan, mereka akan meminta hanya daripada Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia