Harian Metro

‘Segera bertaubat’

 Nasihat hakim kepada 5 lelaki kurung budak dua tahun lalu

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Mangsa bukan saja dilarikan malah tubuhnya dimasukkan dadah antaranya bertujuan membuat mangsa leka atau tidur sepanjang tempoh itu”

Ghazali Cha

“Ini cuma hukuman dunia yang dianggap setimpal dengan perbuatan kamu terhadap anak kecil itu. Hukuman sebenar menanti di akhirat kelak dan diharap kamu segera bertaubat.”

Demikian kata Hakim Datuk Ghazali Cha di Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas menjatuhi hukuman penjara tiga hingga lima tahun ke atas lima sahabat yang mengaku bersalah melarikan dan mengurung seorang kanak-kanak lelaki dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Norhafizie Abdullah, 21, Mohammad Fairderus Suhaini, 29, Nashamizie Shahidan, 22, dan dua remaja lelaki bawah umur.

Mengikut pertuduhan pilihan, mereka didakwa dengan niat bersama melarikan mangsa yang berusia lima tahun untuk menyebabka­n kurungan sulit dan salah terhadap kanak-kanak itu.

Perbuatan itu dilakukan di Taman Maznah, Klang jam 2 pagi, 22 Januari 2015.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Ghazali dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah mengambil kira hujahan pendakwaan dan pembelaan selain laporan akhlak atau sosial dikemukaka­n Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya berharap hukuman ini dijadikan sebagai pengajaran bermakna kepada kamu untuk menjadi insan lebih baik.

“Berikutan itu, tiga daripada kamu dijatuhi hukuman penjara 42 bulan manakala masing-masing seorang dipenjara empat dan lima tahun bermula dari tarikh tangkapan (31 Januari 2015),” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Abdul Mutalib dalam hujahan akhirnya berkata, selain faktor kepentinga­n awam, mahkamah perlu mengambil kira kesan psikologi dialami keluarga mangsa sepanjang tempoh 10 hari kanak-kanak itu dilarikan semua tertuduh.

“Mangsa yang masih kecil bukan saja dilarikan dan dikurung di sebuah pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan malah tubuhnya dimasukkan dadah antaranya bertujuan membuat mangsa leka atau tidur sepanjang tempoh itu,” katanya.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia