Harian Metro

Denda RM6,000 miliki MyKad palsu

-

Seorang wanita Indonesia dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dua pertuduhan memiliki MyKad palsu dan MyKad milik individu lain pada pertengaha­n bulan ini.

Sebelum ini, wanita terbabit berkeras dengan mendakwa dia dilahirkan di Semporna, Sabah dan tidak menyedari ditipu sindiket MyKad palsu ketika ditahan pegawai Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), 15 Ogos lalu.

Namun semalam tertuduh, Mariye Halis, 53, mengaku bersalah di depan Majistret Norina Maludin selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa.

Wanita yang sebenarnya berasal dari Dumai, Sumatera, Indonesia didakwa memiliki MyKad palsu atas nama Mariye binti Halis menggunaka­n alamat di Tronoh Mines, Kampar, Perak, pada jam 4 petang, 15 Ogos 2017 di Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan JPN Melaka.

Bagi Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memiliki MyKad atas nama Noor Zaitul Radiah Roslan beralamat di Kampung Melayu, Teluk Bunut, Banting, Selangor, pada jam 4.20 petang, pada 16 Ogos 2017 di lokasi sama.

Justeru, bagi kedua-dua pertuduhan, Mariye didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (e) Akta Pendaftara­n Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah Peraturan-Peraturan sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

 ??  ?? TERTUDUH diiring penguat kuasa JPN selepas dijatuhi hukuman.
TERTUDUH diiring penguat kuasa JPN selepas dijatuhi hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia