Harian Metro

‘Beri ruang orang ramai tambah pendapatan sampingan’

-

Shah Alam: “Langkah yang diambil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini sangat baik dan ia memberi ruang kepada orang ramai untuk menambah pendapatan sampingan,” kata Azman Zin, 46, pengunjung Pameran Koleksi Hartanah yang diadakan di Kompleks PKNS, Sabtu lalu.

Azman berkata, konsep pembayaran kepada mereka yang memperkena­lkan bakal pelanggan yang disediakan PKNS antara insentif paling tinggi berbanding pemaju lain.

“Insentif yang diberikan PKNS pada tahun ini sangat menarik dengan pembayaran RM4,000 untuk sebuah rumah berbanding tahun lalu iaitu RM2,000.

“Ia inisiatif yang baik untuk membantu masyarakat bagi menambah pendapatan sampingan melalui aktiviti memperkena­lkan produk hartanah kepada kenalan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Noraida Mohd Yusof berkata, pengenalan insentif berkenaan yang bermula 19 Ogos lalu sehingga 31 Disember 2018 diharap dapat merancakka­n lagi jualan projek hartanah PKNS.

“Insentif tunai yang ditawarkan antara RM4,000 hingga RM10,000 kepada orang ramai yang memperkena­lkan hartanah PKNS kepada pembeli menerusi program Insentif MyPKNS.

“Terdapat tiga kategori iaitu Insentif Emas yang menawarkan imbuhan RM10,000 kepada pihak yang memperkena­lkan hartanah berharga RM1 juta ke atas, Insentif Perak berjumlah RM6,000 bagi hartanah berharga antara RM400,000 hingga RM1 juta dan Insentif Gangsa berjumlah RM4,000 untuk hartanah bernilai bawah RM400,000,” katanya.

Menurut beliau, insentif itu boleh dituntut selepas pembeli memenuhi syarat antaranya selesai menandatan­gani Perjanjian Jual Beli, disetemkan serta menandatan­gani surat kelulusan pinjaman bank.

 ??  ?? PENGUNJUNG melihat pelbagai model rumah yang dipamerkan pada Majlis Pelancaran Program Insentif MyPKNS.
PENGUNJUNG melihat pelbagai model rumah yang dipamerkan pada Majlis Pelancaran Program Insentif MyPKNS.
 ??  ?? NORAIDA (dua dari kiri) bersama pengunjung melihat model rumah yang dipamerkan.
NORAIDA (dua dari kiri) bersama pengunjung melihat model rumah yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia