Harian Metro

Tawar sifar bayaran pendahulua­n

 9,000 unit rumah di bawah projek RSKU akan dibina bermula 2018 hingga 2020

- Icka S Hassan am@hmetro.com.my

Kos subsidi yang ditanggung PKNS antara RM20,000 hingga RM30,000 bagi seunit rumah mampu milik”

Noraida Mohd Yusof

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited dan akan terus memberikan tumpuan dalam menyediaka­n lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Noraida Mohd Yusof berkata, 9,000 unit rumah di bawah projek Rumah Selangorku Idaman PKNS (RSKU) akan dibina bermula 2018 hingga 2020.

“Perancanga­n bagi projek RSKU yang dimulakan pada tahun ini hingga 2020 membabitka­n 12,000 unit termasuk 3,000 unit yang siap dibina pada tahun ini.

“Usaha ini sekali gus menyumbang kepada pelaksanaa­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kami,” katanya.

Menurut Noraida, pembinaan rumah mampu milik itu dibangunka­n menerusi keuntungan yang dijana daripada projek ekonomi dan berharga tinggi.

“Kos subsidi yang ditanggung PKNS antara RM20,000 hingga RM30,000 bagi seunit rumah mampu milik.

“Elemen cross subsidi ini adalah hasil daripada keuntungan projek harga tinggi PKNS yang dibangunka­n untuk menampung projek sosial kita,” katanya.

Menurutnya, PKNS turut memperkena­lkan Smart Ownership dengan tawaran potongan harga sehingga 12 peratus kepada pembeli. “Menerusi skim First Ownership, pembeli hartanah pertama PKNS ditawarkan potongan harga 10 peratus manakala menerusi Skim Loyalty PKNS iaitu bagi pemilik hartanah kedua atau lebih perbadanan ini, pembeli ditawarkan potongan harga 12 peratus.

“Menerusi dua skim ini, pembeli turut ditawarkan sifar bayaran pendahulua­n dan PKNS akan menanggung kos perjanjian jual beli dan memorandum of

transfer bagi projek terpilih,” katanya.

Untuk memohon Rumah Mampu Milik PKNS bakal pembeli boleh mendaftark­an permohonan di portal Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi tujuan saringan kelayakan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia