Harian Metro

Ada di rumah rakan

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Dua budak perempuan didakwa hilang ditemui selamat

Kehilangan dua kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak kelmarin, terjawab selepas mereka ditemui berada di rumah rakan mereka di Putra Perdana, Sepang, awal pagi semalam.

Mangsa, Aina Najwa Azrin, 10, dan Laila Farhana Mohd Nornikman, 10, ditemui polis di rumah rakan mereka jam 4 pagi.

Menurut sumber, pihak polis menghubung­i keluarga mangsa bagi memaklumka­n penemuan kedua-dua kanak-kanak itu sejurus ditemui.

Katanya, kehilangan kanak-kanak itu disedari ahli keluarga mangsa selepas pemandu van sekolah yang ditugaskan menjemput mereka di Sekolah Rendah Agama (SRA) Taman Putra Perdana jam 6 petang kelmarin, gagal menemui murid terbabit selepas sesi persekolah­an.

“Ahli keluarga mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

“Sebaik menerima laporan itu, kami membuat pen- carian sebelum mendapat maklumat lokasi kedua-dua kanak-kanak perempuan itu berada di Putra Perdana, Sepang.

“Ketika ditemui, kedua-dua mereka dalam keadaan selamat dan dibawa ke balai polis sebelum diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Kehilangan dua kanak-kanak terbabit tular melalui mesej di WhatsApp yang meminta bantuan orang ramaimenge­sanmereka.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

 ??  ?? AINA Najwa (kiri) dan Laila Farhana ditemui selamat di rumah rakan mereka di Putra Perdana.
AINA Najwa (kiri) dan Laila Farhana ditemui selamat di rumah rakan mereka di Putra Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia