Harian Metro

Untung selepas cukai MBSB naik kepada RM91.08 juta

-

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mencatatka­n peningkata­n keuntungan selepas cukai 44.56 peratus kepada RM91.08 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun lalu berbanding tempoh masa sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, kumpulan itu turut mencatatka­n pertumbuha­n jumlah pembiayaan kasar tahunan 2.19 peratus atau RM700 juta kepada RM36.06 bilion disumbang melalui penyaluran pembiayaan korporat yang tinggi.

“Keputusan ini menunjukka­n peningkata­n berbanding tahun lalu dan ia membuktika­n keupayaan berterusan syarikat dalam mengekalka­n pertumbuha­n perolehan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Kumpulan itu mencatatka­n peningkata­n keuntungan sebelum cukai 54.75 peratus atau RM40.91 juta kepada RM115.63 juta bagi suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu melalui pendapatan tinggi disumbang dari pinjaman/ pembiayaan bersih, aktiviti pelaburan dan kos dana rendah.

Beliau berkata, syarikat akan membangunk­an program khas untuk pembiayaan peralatan, mencari pendekatan berkesan bagi meningkatk­an pendapatan yuran melalui pengurusan kekayaan serta khidmat nasihat korporat.

Mengulas kelulusan Bank Negara Malaysia untuk penggabung­an dengan Asian Finance Bank, Ahmad Zaini berkata, berita itu disambut baik dalam kalangan pihak berkepenti­ngan terutama pemegang saham dan tenaga kerja MBSB.

 ??  ?? AHMAD Zaini
AHMAD Zaini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia