Harian Metro

Dekati pelanggan

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Petron Malaysia rancang buka lebih banyak stesen minyak

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) merancang untuk membuka lebih banyak stesen minyak baru dan meningkatk­an kemudahan di stesen minyak Petron sedia ada sepanjang tahun ini dan tahun depan.

Ketua Dagangan Runcitnya, Faridah Ali berkata, langkah itu bertujuan membawa jenama Petron lebih dekat kepada pelanggan sekali gus mengukuhka­n lagi kedudukan mereka di pasaran tempatan.

“Kami menjangkak­an 10 stesen minyak baru akan dibuka dalam tempoh empat bulan akan datang di mana semua stesen sudah siap dibina dan hanya menunggu kelulusan sebelum memulakan operasi,” katanya pada Cabaran Hypermarke­t Sweep Petron, di sini, semalam.

Petron Malaysia kini memiliki 600 rangkaian stesen minyak seluruh negara dan menawarkan bahan api premium seperti Blaze 100 Euro 4M, Blaze 97 Euro 4M, Blaze 95, Turbo Diesel Euro 5 dan Diesel Max.

Beliau berkata, pihaknya komited dalam membuka lebih banyak stesen minyak baru pada tahun depan di mana 20 hingga 30 stesen minyak kini sedang dibina dalam pelbagai fasa pembanguna­n.

“Selain itu, kami akan terus memastikan keselesaan pelanggan di stesen Petron sedia ada melalui peningkata­n kemudahan seperti surau dan tandas seperti mana yang dilaksanak­an di beberapa stesen sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Petron Malaysia menganjurk­an Cabaran Hypermarke­t Sweep Petron untuk musim ketiga di mana barisan pemenang bersama tiga ahli keluarga mereka berpeluang mengisi dua troli dengan seberapa banyak barangan runcit dalam masa ditetapkan.

Lapan pemenang hadiah utama akan memenangi barangan runcit bernilai RM5,000 dengan tempoh masa lima minit manakala lapan pemenang hadiah saguhati memenangi barangan runcit RM3,000 dengan tempoh masa empat minit.

Untuk kali ini, acara itu akan diadakan di lima lokasi pasar raya besar Giant di Shah Alam, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan dan Kota Kinabalu dengan 56 pemenang keseluruha­n menikmati ganjaran berjumlah RM240,000.

Cabaran Hypermarke­t Sweep Petron dianjurkan kali pertama pada 2015 dengan tawaran ganjaran RM500 sebelum jumlah itu dipertingk­atkan kepada RM140,000 tahun lalu membabitka­n 40 pemenang di empat lokasi seluruh negara. Lazada (Malaysia) Sdn

Bhd, menjalin kerjasama dengan AIG Malaysia Insurance Bhd bagi menawarkan pembelian polisi insurans secara mudah dan lancar menerusi platform berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel berkata, pelanggan yang membeli-belah menerusi Lazada Malaysia juga berpeluang membeli perlindung­an insurans bagi tujuan perjalanan, jenayah ragut dan kemalangan diri (penjagaan gaya hidup aktif).

“Premium berkenaan ditawarkan pada harga antara RM8 dan RM115. Ia mengambil kira jumlah sebahagian besar penduduk yang belum memiliki insurans iaitu kurang dua peratus.

“Kerjasama ini juga dapat memperluas­kan jangkauan dan penembusan insurans dalam negara sekali gus meningkatk­an kesedaran pengguna mengenai produk berkenaan,” katanya dalam kenyataan bersama antara Lazada dan AIG Malaysia, di sini, semalam.

 ??  ?? FARIDAH (tengah) bersama peserta pada Cabaran Hypermarke­t Sweep Petron, semalam.
FARIDAH (tengah) bersama peserta pada Cabaran Hypermarke­t Sweep Petron, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia