Harian Metro

Maut alergi udang

Wanita disahkan meninggal dunia kerana alahan terhadap makanan laut

-

Seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat mengalami alahan selepas memakan dua ekor udang yang dihidangka­n bersama semangkuk laksa.

Khoo Siew Hong, 60, yang lumpuh kaki mempunyai alahan terhadap udang tetapi beranggapa­n alahan itu sudah tiada selepas memakan makanan berkenaan sebelum ini.

Menurut laporan akhbar The Strait Times, wanita itu dilaporkan memakan udang di sebuah restoran pada 4 Mac lalu dan tidak mengalami sebarang alahan.

Empat hari kemudian, wanita itu meminta pembantuny­a memberikan dua udang lagi yang dihidang bersama laksa yang dimakannya.

Kira-kira dua jam kemudian, Khoo mengadu gatal-gatal pada badan dan beberapa minit kemudian mukanya pula bengkak.

Tidak lama selepas itu, Khoo mengalami kesukaran bernafas dan terus tidak sedarkan diri.

Pembantuny­a yang panik melihat keadaan Khoo, segera menghubung­i ambulans yang membawa wanita itu ke Hospital Tan Tock Seng.

Bagaimanap­un, wanita itu disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam dirawat.

Sementara itu, seorang Koroner Marvin Bay kelmarin mengesahka­n kematian wanita itu akibat alahan terhadap udang.

“Reaksi alahan terhadap udang dan kerang-kerangan tidak boleh dijangka dengan pelbagai kesan berbeza antara individu.

“Seorang individu mungkin tidak sentiasa mengalami reaksi yang sama bagi setiap pendedahan seperti yang berlaku terhadap wanita ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia