Harian Metro

24 juta terkesan banjir

-

Geneva: Lebih 24 juta orang terkesan akibat banjir dianggap antara yang terburuk melanda Asia Selatan sejak berdekad lalu dengan beberapa bahagian besar kawasan ditenggela­mi air, kata Palang Merah, semalam.

Pihak berkuasa Bangladesh, India dan Nepal meletakkan jumlah kematian melebihi 750 sejak 10 Ogos lalu selepas banjir melanda akibat musim monsun tahunan.

Wakil Palang Merah Jagan Chapagain berkata: “Keadaan semakin buruk. Hampir satu pertiga Nepal dan Bangladesh masing-masing ditenggela­mi air.

“Ini memang banjir paling buruk dilihat di beberapa kawasan di Asia Tenggara sejak berdekad lalu.”

Banjir di tiga negara itu menyebabka­n ratusan orang hilang tempat tinggal selain perkampung­an terputus hubungan dari dunia luar dengan jalan raya ditenggela­mi air. - AFP

Manila: Penentang politik Presiden Rodrigo Duterte semalam menggesany­a mengekang pembunuhan berkaitan dadah yang semakin memburuk susulan kematian seorang remaja, minggu lalu, yang mencetuska­n kemarahan rakyat negara itu.

Dakwaan menutup kesalahan pihak berkaitan dalam kematian Kian Kian Loyd delos Santos minggu lalu menimbulka­n kemarahan orang ramai yang sebelum ini lebih menyokong kempen Duterte itu, yang melihat 90 orang terbunuh minggu lalu sepanjang tiga hari operasi besar-besaran oleh polis.

Pelajar berusia 17 itu terbunuh di kawasan miskin Manila dan laporan bedah siasat menunjukka­n remaja terbabit maut akibat tembakan di belakang kepala serta telinga ketika di atas lantai.

Ini seterusnya membuktika­n tiada pertempura­n berlaku, seperti didakwa laporan polis rasmi. Keluarga mangsa turut menolak dakwaan polis bahawa dia penjual dadah.

Duterte berulang kali mempertaha­nkan tindakan berhenti membunuh orang ramai.

“Saya cabar kamu, Tuan Presiden, untuk mengeluark­an perintah jelas dan mutlak kepada keseluruha­n pasukan polis untuk menghentik­an semua pembunuhan sekarang juga.

“Tolonglah, lakukannya sekarang,” katanya dalam nota bertulis dari tempat dia ditahan atas tuduhan berkaitan dadah. - Reuters

 ??  ?? GAMBAR fail seorang kanak-kanak menyertai perhimpuna­n pada Ahad lalu membantah pembunuhan suspek dadah oleh polis di Manila. - AFP
GAMBAR fail seorang kanak-kanak menyertai perhimpuna­n pada Ahad lalu membantah pembunuhan suspek dadah oleh polis di Manila. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia