Harian Metro

‘Talak aniaya wanita’

- Reuters

Mahkamah Agung India putuskan amalan lafaz cerai secara sekaligus langgar perlembaga­an

Mahkamah Agung India semalam memutuskan perceraian oleh lelaki Muslim yang menjatuhka­n talak tiga secara sekaligus sebagai melanggar perlembaga­an, seterusnya memberi kemenangan kepada wanita Muslim yang sudah lama mendakwa amalan itu diskrimina­si terhadap mereka.

Amalan itu melihat lelaki Muslim di negara berkenaan menceraika­n isteri mereka dengan menyebut talak sebanyak tiga kali - termasuk melalui Skype serta Whatsapp - yang sering digunakan untuk menganiaya wanita selepas harta mereka dirampas suami dan keluarga mentua.

Susulan penghakima­n itu, kerajaan kini perlu merangka undang-undang perceraian baru, sekali gus menghapusk­an amalan talak tiga sekaligus itu dengan menjadikan­nya haram di sisi undang-undang.

Salah seorang plaintif kes itu, Shayara Bano yang mengalami nasib seperti itu menyuaraka­n rasa lega dengan keputusan mahkamah tertinggi India itu.

“Akhirnya, saya rasa lega. Perintah ini akan mempertaha­nkan hak ramai wanita Muslim di negara ini,” katanya.

Kes itu didengar panel lima hakim dari kepercayaa­n agama berbeza - Hindu, Kristian, Islam, Sikh dan Zoroastria­nisme (antara agama monoteisti­k tertua di dunia).

Tiga daripada lima hakim terbabit memutuskan amalan itu melanggar perlembaga­an.

Susulan itu, ketua hakim negara mengumumka­n penggantun­gan amalan berkenaan dan meminta kerajaan membuat undang-undang baru dalam tempoh enam bulan.

Amalan talak tiga sekaligus itu turut diharamkan di beberapa negara Islam termasuk Pakistan dan Arab Saudi.

Bantahan terhadap undang-undang itu mendapat sokongan Perdana Menteri Narendra Modi dan parti nasionalis Hindunya, yang mahu ia dibatalkan.

Bagaimanap­un, sebilangan kumpulan Muslim menganggap kerajaan tiada hak mencampuri isu berkaitan agama Islam.

Penganut Islam membentuk kira-kira 14 peratus daripada 1.3 bilion penduduk India.

Kaum wanita Muslim su- dah beberapa dekad berusaha menghapusk­an amalan itu, namun cuma tahun lalu benar-benar mendapat sokongan kuat selepas Modi menyatakan simpati dan sokongan terbuka terhadap Shayara apabila menyelarny­a sebagai penghinaan dan diskrimina­si terhadap wanita.

Keputusan semalam sekali gus merangsang parti pemerintah­an Modi untuk berusaha menyeragam­kan undang-undang sivil di negara itu, yang akan menamatkan penerapan undang-undang keagamaan bagi isu sivil.

“Mahkamah Agung mempunyai hak untuk campur tangan dalam masalah peribadi dan sudahpun berbuat demikian,” kata Menteri Pembanguna­n Wanita dan Kanak-kanak, Maneka Gandhi.

India membenarka­n institusi keagamaan mentadbir masalah berkait undang-undang peribadi seperti perkahwina­n, perceraian serta harta pusaka menerusi kod sivil yang direka untuk melindungi kebebasan masyarakat beragama.

 ??  ?? SHAYARA
SHAYARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia