Harian Metro

Siasat serangan siber

- AFP

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengumumka­n akan menjalanka­n siasatan global menyeluruh termasuk kemungkina­n berlaku serangan siber selepas kemalangan terbaru membabit kapal perang mereka menyebabka­n 10 anak kapal hilang dan lima lagi cedera.

Ketua Laksamana Operasi Angkatan Tentera Laut, John Richardson, meminta komanderny­a menyiasat kemalangan itu selepas kapal pemusnah USS John S. McCain berlanggar dengan kapal minyak Singapura awal pagi kelmarin.

“Seperti yang diketahui, ini pelanggara­n kedua dalam tempoh tiga bulan dan yang terbaru dalam beberapa siri kemalangan di Lautan Pasifik.

“Kejadian ini perlu diberi lebih perhatian. Oleh itu, saya mengarah menghentik­an sementara operasi semua armada kita di seluruh dunia,” kata Richardson.

Dia tidak menolak terdapat campur tangan luar seperti serangan siber di sebalik pelanggara­n terbaru itu tetapi menegaskan tidak mahu membuat penilaian sebelum keputusan rasmi inkuiri dibuat.

Anak kapal AS masih hilang selepas pelanggara­n antara kapal McCain dan Alnic MC, tetapi operasi pencarian semalam mengumumka­n penemuan sisa mayat.

Pencarian utama membabitka­n kapal dan pesawat dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan AS sedang dijalankan untuk mencari anak kapal yang hilang itu.

Semalam, penyelam tentera laut AS menyertai pencarian itu yang turut merangkumi bahagian kapal yang rosak dimasuki air ketika kejadian.

Jun lalu, kapal USS Fitzgerald bertembung dengan kapal yang mengibarka­n bendera Filipina di perairan Jepun.

Anak kapal yang maut berusia antara 19 hingga 37 tahun dalam kejadian itu ditemui penyelam di tempat tidur mereka sehari selepas rempuhan yang menyebabka­n sisi kapal berkenaan rosak teruk.

Minggu lalu, seorang laksamana kanan mengumumka­n komander kapal berkenaan dan beberapa pegawai lain digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

>>Anak kapal masih hilang walaupun ada penemuan mayat hasil operasi pencarian, semalam

laut AS henti sementara operasi armada selepas nahas kedua dalam tiga bulan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia