Harian Metro

Mati serang hendap hakim

-

Ohio (Amerika Syarikat): Seorang bapa ditembak mati selepas menembak seorang hakim di luar mahkamah, empat hari selepas anaknya didapati bersalah merogol seorang gadis berusia 16 tahun.

Nathaniel Richmond, 51, mati selepas ‘menyerang hendap’ Hakim Daerah Jefferson Joseph Bruzzese Jr, 65, pada pagi Isnin (waktu tempatan.)

Bruzzese yang ditembak sekurang-kurangnya lima kali pada jarak dekat dikejarkan ke hospital menggunaka­n helikopter tetapi dilaporkan stabil.

Hakim itu yang turut bersenjata ketika kejadian membalas tembakan dengan sekurang-kurangnya satu mengenai suspek sebelum lelaki terbabit ditembak pegawai mahkamah.

Anak Richmond, Ma’Lik, didapati bersalah pada 2013 kerana merogol gadis berkenaan dan pemain bola sepak itu dilaporkan baru-baru ini, dimaklumka­n tidak layak mewakili Universiti Negeri Youngstown untuk musim ini.

Bruzzese bukan hakim yang membicarak­an Ma’Lik menyebabka­n penyiasat masih mencari motif di sebalik serangan berkenaan.

Ma’Lik menjalani hukuman di penjara juvana selama kira-kira 10 bulan selepas didapati bersalah bersama rakannya yang juga pemain bola sepak kerana merogol mangsa sama ketika satu majlis pada 2012.

Kes itu membawa perhatian antarabang­sa ke bandar Youngstown susulan dakwaan cubaan menutup perbuatan jenayah oleh pasukan bola sepak berkenaan.

Pada 10 Ogos lalu, kerajaan negeri Youngstown mengumumka­n Ma’Lik tidak akan menyertai pasukan musim ini tetapi tetap menganggot­ai pasukan serta menjalani latihan. - Daily Mail

 ??  ?? RICHMOND (kiri) dan anaknya. - Daily Mail
RICHMOND (kiri) dan anaknya. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia