Harian Metro

Demi maruah tinju

- Reuters

 Horn harap Mayweather mampu lenyap ego McGregor

Petinju Australia Jeff Horn tidak meletakkan harapan tinggi terhadap Conor McGregor untuk menewaskan Floyd Mayweather dalam pertarunga­n hebat Ahad ini dan berharap bintang Amerika Syarikat itu akan menewaskan atlet seni mempertaha­nkan diri gabungan demi maruah sukan tinju.

Horn, yang muncul juara welterweig­ht WBO dengan menewaskan Manny Pacquiao,38, di Brisbane bulan lalu berkata, McGregor pastinya bergelut biarpun untuk melayangka­n penumbuk kepada petinju AS itu.

Mayweather (49-0) sudah tidak bertarung selama hampir dua tahun tetapi dia menjadi pilihan utama untuk mengatasi rekod Rocky Marciano di Las Vegas, yang ditolak penyokong daripada menjadi perlawanan pertunjuka­n.

“Saya harap Mayweather akan menumbangk­annya dan saya fikir dia mampu melakukann­ya,” kata Horn menerusi komen yang disiarkan media News Ltd semalam.

“Ia pastinya sesuatu yang dahsyat untuk sukan tinju jika Mayweather, salah seorang petinju terbaik sepanjang zaman ditumbangk­an

(gambar)

lawan yang beraksi buat pertama kali tetapi saya tidak lihat McGregor akan melakukann­ya dengan baik biarpun dengan semua tumpuan itu.

“Jika McGregor sedar diri, dia akan menjatuhka­n

Floyd seawal loceng pertama dan mengunciny­a, penyertaan­nya akan dibatalkan, kemudian akan mengadakan perlawanan semula dan mengumpul lebih banyak wang.”

Perlawanan Ahad ini dikatakan mahu memecahkan rekod tontonan berbayar dan keuntungan yang dicatat menerusi pertarunga­n Ma-

yweather-Pacquiao pada 2015. Kemenangan Mayweather ke atas peninju Filipina itu menjana lebih daripada AS$400 juta (RM1.71 bilion) daripada sejumlah 4.6 juta tontonan berbayar.

Selepas kemenangan Horn ke atas Pacquiao, petinju Australia itu segera mahu mencabar Mayweather, cuba mengumpan perhatian petinju berusia 40 tahun itu.

Horn, bekas seorang guru dijangka kembali menentang Pacquiao di Brisbane akhir tahun ini tetapi berkata dia berminat terhadap Mayweather.

“Dia mungkin boleh mencabar saya untuk gelaran welterweig­ht dunia dan jika McGregor mahu menantang saya, saya sedia menentangn­ya sekarang. Saya tidak gentar sedikitpun,” kata petinju berusia 29 tahun itu.

 ??  ??
 ??  ?? MCGREGOR akan menentang Mayweather, Ahad ini.
MCGREGOR akan menentang Mayweather, Ahad ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia