Harian Metro

KURANG TAJAM

- AFP

Manchester

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola melahirkan kebimbanga­n masalah sentuhan penyudah pasukannya menjadi isu utama selepas mereka seri 1-1 dengan Everton pada perlawanan Liga Perdana Inggeris pertama di gelanggang sendiri musim ini.

Wayne Rooney meletakkan Everton di depan pada minit ke-35 awal pagi tadi dan Kyle Walker dibuang padang secara kontrovers­i buat City sebelum rehat, namun tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi rembatan voli pemain gantian Raheem Sterling lapan minit sebelum tamat.

City sering kali gagal menundukka­n lawan musim lalu apabila seri tujuh perlawanan liga di laman sendiri dan apabila ditanya jika persembaha­n terbaru pasukannya mengimbau kembali kesukaran mereka pada 2016-17, Guardiola membalas: “Ya.

“Kami mencipta tiga, empat peluang sebelum gol itu. Mereka bertindak mengekang seorang demi seorang, enam, lapan pemain di sana bertahan.

“(Ashley) Williams, (Phil) Jagielka, (Michael) Keane, (Leighton) Baines, semuanya bagus jika satu lawan satu.

“Kami cuba mencari jalan untuk menyerang mereka dan kami melakukann­ya. (Apabila lawan) tiba sekali (dalam kotak penalti), menjaringk­an gol, ia boleh berlaku.

“Jumlah peluang menepati sasaran atau hampir menepati sasaran amat bagus. Kami berada di sana sepanjang masa. Kami tidak berputus asa, dengan semangat Mancunians.”

Beliau berkata: “Apa yang boleh kami lakukan adalah mencuba dan mencipta peluang. Mungkin satu hari nanti kami akan berubah.

“Musim lalu kami pasukan

 Guardiola tidak mahu ketumpulan penyerang ketika seri menentang Everton berulang

pertama atau kedua yang mencipta peluang baik. Saya fikir kami yang pertama. Kami melakukan (menjaringk­an gol) 16 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia