Harian Metro

‘Pogba pemain tengah terbaik dunia’

-

Manchester: Bintang Manchester United dari Perancis Paul Pogba adalah pemain tengah terbaik dunia dan berpotensi memenangi Ballon d’Or dalam tempoh lima tahun lagi kata rakan sekelab dan senegarany­a Anthony Martial.

Pogba yang kembali menyertai United dari Juventus pada 2016 menjaringk­an lima gol dan membantu empat jaringan dalam 30 penampilan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu memulakan musim ini dengan cemerlang menerusi dua gol dan satu bantuan jaringan dalam dua perlawanan dan Martial percaya rakan senegarany­a mampu pergi ke tahap berikutnya dan menjadi pemain terbaik dunia.

“Paul mempunyai kekuatan mental yang kuat dan yakin dengan diri sendiri,” kata Martial.

“Dia seorang yang bertubuh besar, menguasai teknikal permainan dan lasak. Saya boleh katakan dia mungkin pemain tengah terbaik dunia.

“Dia masih muda, jadi banyak yang perlu dilakukann­ya untuk menjadi lebih baik. Jika dia terus bermain dan mempamerka­n peningkata­n seperti ini, saya fikir dia juga mampu memenang anugerah Ballon d’Or dalam tempoh lima tahun lagi.”

Martial, yang menjaringk­an dua gol musim ini turut memuji sikap Pogba di padang dan kedua-duanya menyasarka­n pelbagai gelaran di peringkat domestik dan antarabang­sa.

“Kami mahu menang banyak pingat bersama di United dan juga menjuarai Piala Dunia bersama Perancis,” kata pemain berusia 21 tahun itu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia