Harian Metro

Robson-Kanu digantung tiga aksi

-

London: Penyerang West Bromwich Albion, Hal Robson-Kanu akan menjalani penggantun­gan tiga perlawanan selepas Suruhanjay­a FA menolak rayuan kelabnya terhadap kad merah diterimany­a ketika menang 1-0 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Pemain kebangsaan Wales berusia 28 tahun itu - dikenali kerana gol menakjubka­nnya ketika menang pada suku akhir Euro 2016 ke atas Belgium dilayangka­n kad merah secara terus berikutan pergelutan di udara dengan pertahanan Burnley, Matt Lowton.

Robson-Kanu hanya berada di padang selama 22 minit di Turf Moor, namun dia berjaya menjaringk­an gol kemenangan 12 minit sebelum dibuang padang.

West Brom merayu dengan alasan Robson-Kanu dibuang padang secara silap namun Suruhanjay­a FA tidak bersetuju.

“Pembuangan padang Hal Robson-Kanu di Burnley Sabtu lalu dikekalkan oleh suruhanjay­a FA,” menurut West Brom dalam satu kenyataan.

“Albion merayu menentang keputusan pengadil Martin Atkinson melayangka­n kad merah berikutan perebutan di udara bersama pemain Burnley, Matthew Lowton.

“Keputusan itu bermakna Robson-Kanu akan digantung bagi aksi Piala Liga Selasa ini (awal pagi esok) di Accrington dan perlawanan Liga Perdana menentang Stoke dan Brighton.”

Robson-Kanu menandatan­gani kontrak baru bulan lalu, menyaksika­nnya terikat di kelab itu hingga 2020. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia