Harian Metro

Everton belum puas beli pemain

-

London: Everton membelanja­kan lebih daripada 100 juta pound (RM549.1 juta) untuk memperkasa­kan skuad mereka musim panas ini, tetapi mereka menyasarka­n dua lagi pembelian sebelum berakhirny­a jendela perpindaha­n kata pengurus Ronald Koeman.

Selepas membawa masuk Wayne Rooney, Gylfi Sigurdsson, Davy Klaassen, Micheal Keane, Jordan Pickford, Sandro Ramirez dan Cuco Martina, Koeman berhasrat menguatkan bahagian pertahanan dan serangan.

“Kami mencari bek tengah dengan kekuatan kaki kiri, mungkin sebagai pengganti Leighton Baines,” kata Koeman selepas pasukannya seri 1-1di Manchester City. “Dengan kecederaan dialami Funes Mori kami tidak mempunyai pemain kaki kiri sebagai pengganti Leighton. “Saya juga memerlukan penyerang kerana biarpun dengan pemain seperti Dominic dan Ramirez, lihat saja kepada skuad lain. Mereka mempunyai pemain yang ramai dan jika kami mahu ke tahap seterusnya, kami perlukan penyerang.” Jaringan ke-200 Rooney dalam Liga Perdana meletakkan Everton di depan pada minit ke-53 sebelum Kyle Walker dibuang padang sewaktu penampilan pertamanya sebelum tamat separuh masa pertama.

City menyamakan kedudukan berikutan jaringan lewat permainan Raheem Sterling sebelum pemain tengah Everton Morgan Schneiderl­in pula dilayangka­n kad merah.

“Kami berdepan masalah mengusai bola dan hantaran jauh kami terlalu pantas. Kami bekerja keras untuk mencapai keputusan ini dan satu mata sudah cukup baik,” kata Koeman.

Everton yang berkelebih­an 2-0 akan berkunjung ke kelab Croatia Hajduk Split untuk aksi timbal balik playoff Liga Europa awal pagi Jumaat sebelum bertandang ke laman juara Liga Perdana Inggeris Chelsea, Ahad ini. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia