Harian Metro

Iskandar waspada ancaman Singapura

-

Kuala Lumpur: Selepas berjaya menjinakka­n Laos 3-0 dalam aksi pembukaan badminton berpasukan lelaki, rata-rata pemain negara yang turun beraksi semalam mengalih tumpuan terhadap ancaman Singapura yang bakal ditemui pada peringkat separuh akhir, hari ini.

Menurut pemain perseorang­an lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, selain cuba menyesuaik­an diri dengan keadaan gelanggang yang berangin, mereka juga mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada Singapura bagi mencari slot ke final.

“Kita memang kena berhati-hati menentang Singapura,” kata Iskandar yang menghadiah­kan mata sulung negara selepas mengalahka­n Vixunnalat­h Phichith 21-7, 21-10 di Axiata Arena, semalam.

Jelasnya, ketika bertemu Phichith, dia tetap berhati-hati walaupun lawannya itu tidak ternama dan ia lebih kepada untuk mencari kesesuaian gelanggang.

“Saya bermain dengan baik hari ini (semalam) tapi dalam masa sama saya juga cuba untuk menyesuaik­an diri dengan keadaan angin yang agak kuat. Bagaimanap­un, saya harap permainan bertemu Laos dapat membantu saya menyiapkan diri berdepan Singapura di separuh akhir esok (hari ini).

“Saya tidak kisah bertemu sesiapapun tapi saya tetap memberikan aksi terbaik cuma tadi pemain lawan banyak melakukan kesilapan jadi saya banyak memperoleh mata. Saya harap permainan saya terus konsisten selepas ini,” katanya yang dijangka berdepan Ryan Ng, perseorang­an utama Singapura.

Mata kedua negara dihadiahka­n gandingan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas menumpaska­n Namboun Luangamath-Sengrthit Sypaseuth 21-9, 21-5 sambil mata kemenangan disumbangk­an pemain perseorang­an lelaki, Soong Joo Ven yang menumpaska­n Xaysomphon­e Vongpachit­h 21-10, 21-9.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria pula mengaku aksi separuh akhir kedua-dua pasukan lelaki dan wanita bakal berlangsun­g sengit.

“Aksi separuh akhir esok (hari ini) sangat sukar untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita kerana perlu berdepan lawan yang cukup kuat. Sudah pasti persediaan mental sangat penting untuk kita.

“Skuad lelaki akan bertemu Singapura sementara pasukan wanita menentang Indonesia, jadi kita tidak boleh terlalu yakin bahawa tempat ke final sudah terjamin,” tegas Norza.

Singapura mara ke separuh akhir selepas menundukka­n Myanmar 3-1 manakala satu lagi pertembung­an menyaksika­n Indonesia menentang Thailand.

 ?? Iskandar Zulkarnain Zainuddin ?? Saya bermain dengan baik hari ini (semalam) tapi dalam masa sama saya juga cuba untuk menyesuaik­an diri dengan keadaan angin yang agak kuat”
Iskandar Zulkarnain Zainuddin Saya bermain dengan baik hari ini (semalam) tapi dalam masa sama saya juga cuba untuk menyesuaik­an diri dengan keadaan angin yang agak kuat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia