Harian Metro

Adli, Fuad tempah tiket ke final

- Fardy Bungga sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua petinju Malaysia, Adli Hafidz Mohd Pauzi dan Muhamad Fuad Mohd Redzuan melangkah ke final kategori light heavy (81kg) dan light fly (49kg) selepas mengalahka­n lawan masing-masing di separuh akhir, semalam.

Adli Hafidz menewaskan lawan dari Singapura, Muhammad Dinie Hakeem manakala Muhamad Fuad mengalahka­n Lasavongsy Bounpone dari Laos.

Walaupun baru kali pertama menyertai Sukan SEA, Adli langsung tidak gugup dan cemerlang ketika menundukka­n lawan yang lebih berpengala­man.

Adli yang bermula garang sebaik pusingan pertama berkata, dia berjaya mengawal rentak sehingga menyukarka­n Muhammad Dinie melakukan serangan.

“Saya pernah bertarung dengan Muhammad Dinie sebelum ini tetapi persembaha­nnya ada sedikit perbezaan terutamany­a gerakan kaki yang lebih cepat sehingga saya terkena beberapa tumbukan tepat.

“Tapi itu tidak menjadi masalah, setiap serangan lawan saya balas dengan dua hingga tiga tumbukan bertalu-talu untuk mencari mata,” katanya.

Adli berkata, dia akan cuba melakukan yang terbaik untuk peringkat akhir nanti dan bakal berbincang dengan jurulatih strategi di final.

“Saya perlu perbaiki permainan

mengenai terutamany­a memperbany­akkan lagi tumbukan serta memfokuska­n kelajuan

dan ketepatan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih, Azmi Yunos berkata, dua petinju negara yang layak ke pusingan akhir berpeluang untuk memenangi pingat emas.

Katanya, semangat kedua-dua anak buahnya itu berada pada tahap terbaik apatah lagi mendapat sokongan padu penyokong tempatan.

“Pada peringkat ini, peluang menang pingat emas ada, tetapi ia bergantung kepada mereka sendiri. Mereka perlu terus fokus dan berjuang habis-habisan untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Seorang lagi petinju negara kategori middle (75 kg), R Indran gagal mengikut jejak Adli Hafidz dan Muhamad Fuad apabila tewas kepada wakil Filipina, Eumir Felix Marcial.

 ??  ?? FUAD sejurus menewaskan peninju Laos, Lasavongsy Bounpone.
FUAD sejurus menewaskan peninju Laos, Lasavongsy Bounpone.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia