Harian Metro

Sehebat Van Nistelrooy

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tidak selincah Lionel Messi namun sentuhanny­a di depan gol diakui cukup berbisa.

Itu kelebihan yang dimiliki penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, N Thanabalan yang kini sudah meledak tiga gol dalam dua penampilan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Jadi, tidak keterlalua­n jika dikatakan corak permainann­ya seakan bekas pemain antarabang­sa Belanda dan Manchester United, Ruud Van Nistelrooy yang cukup berbahaya di depan pintu gol.

Malah, Thanabalan yang kini mewakil FELCRA FC di peringkat kelab menjelaska­n sudah menjadi tugas penyerang untuk meledak gol buat pasukan.

“Bagi saya, sebagai penyerang kita kena bijak dan berada pada posisi terbaik tepat pada masanya untuk meledak gol.

“Sebagai contoh, apabila satu hantaran silang dilakukan, kita sudah kena berada dalam kotak penalti dan apabila dapat peluang kita perlu jaringkan gol.

“Apapun, kerjasama berpasukan adalah segala-galanya kerana tanpa bantuan rakan penyerang, saya tidak akan dapat menjaringk­an gol,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Thanabalan meledak gol kemenangan ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-1, Rabu lalu dan yang terbaru dia meledak gua gol ketika skuad negara menang 3-1 ke atas Myanmar, kelmarin.

Bagi Thanabalan, dia akan cuba meledak gol pada aksi selepas ini dan bersedia menjadi penjaring terbanyak Sukan SEA jika nasib menyebelah­inya.

“Terima kasih kepada semua penyokong dan rakan sepasukan yang memberikan komitmen 100 peratus setiap perlawanan.

“Perjuangan kami belum selesai dan kemenangan ke atas Myanmar menjadi pembakar semangat untuk kami melangkah ke separuh akhir.

“Belum tahu lagi pasukan mana akan kami tentang diseparuh akhir, apapun kami akan tetal lawan habis-habisan dan kemenangan ke atas Myanmar adalah malam terbaik buat saya dan pasukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? THANABALAN (kiri) meraikan jaringan kedua Malaysia pada perlawanan menentang Myanmar, kelmarin.
THANABALAN (kiri) meraikan jaringan kedua Malaysia pada perlawanan menentang Myanmar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia