Harian Metro

KHAIRUL MEMANG PANTAS!

- Aida Adilah Mat & Firdaus Hashim sukan@hmetro.com.my

 The Speedy Jantan manusia terpantas Asia Tenggara selepas meraih emas acara riben biru

Jaguh pecut 100 meter Khairul Hafiz Jantan muncul manusia terpantas Asia Tenggara apabila memenangi emas dalam acara final riben biru itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Khairul, 19, menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.38 saat untuk berada di tempat pertama sekali gus menamatkan penantian 14 tahun acara itu untuk bergelar juara pecut Asia Tenggara.

Larian penuh bertenaga Khairul menewaskan juara bertahan dari Filipina Eric Cray yang melakar 10.43s untuk membawa pulang perak, manakala gangsa dimenangi atlet Thailand Kritsada Namsuwun 10.43s.

Dia yang terkenal dengan jolokan ‘The Speedy Jantan’ sebelum ini menggegar dunia olahraga negara apabila memecahkan rekod kebangsaan 100m milik Watson Nyambek (10.30s) selepas merakam 10.18s pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak Julai lalu.

“Ini hadiah untuk semua rakyat Malaysia. Terima kasih kepada jurulatih Mohd Poad Md Kassim dan keluarga yang memberikan sokongan.

“Emas ini sangat istimewa kerana diraih di tanah air sendiri dan saya harapkan rakyat Malaysia terus mendokan pasukan olahraga,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas acara pecut adalah di Vietnam 2003 menerusi Nazmizan Muhammad yang merangkul emas berganda acara 100 dan

200m.

 ??  ?? KHAIRUL (kanan) terlebih dulu melintasi garisan penamat. KHAIRUL (kanan) memeluk Poad.
KHAIRUL (kanan) terlebih dulu melintasi garisan penamat. KHAIRUL (kanan) memeluk Poad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia