Harian Metro

Irfan mudah lempar emas

-

Kuala Lumpur: Gembira dan kecewa, dua persepsi yang diungkapka­n jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin sejurus selepas merangkul emas ketiganya di temasya dwitahunan ini.

Dia yang beraksi dalam kesakitan berikutan kecederaan terseliuh buku lali sebelah kaki kiri mengatasi rasa itu untuk merangkul emas selepas melakukan lemparan 58.36 meter untuk menewaskan atlet Thailand Narong Benjaroon (50.65m) dan seorang lagi atlet negara Abdul Rahman Lee (44.80s).

Balingan emasnya itu turut mengatasi jarak yang dilakar di di Singapura 2015 (56.62m).

Tegasnya, pentas temasya dwitahunan itu seharusnya menjadi medan terbaik sebagai pendedahan kepada atlet bertanding namun pada kali ini hanya disertai dua negara, Malaysia dan Thailand.

“Temasya Sukan SEA yang pertama saya adalah Myanmar dan ketika itu saya dihantar untuk pendedahan. Bagi saya ini adalah medan terbaik untuk menilai prestasi.

“Memang bagus jika dapat menghantar atlet junior sebagai pelapis di masa akan datang,” katanya.

Irfan seperti tidak dicabar tampak mudah menguasai lapangan apabila melakukan 55.87m pada balingan pertama, baling kedua dibatalkan, diikuti 58.36m, 56.3, balingan kelima dibatalkan dan 57.89m.

Dia langsung tidak dicabar Benjaroon apabila sekadar melakukan balingan terbaik 50.65m pada percubaan kelima.

Irfan yang akan berlepas menyertai Kejohanan Universiti Dunia di Taiwan selepas ini melaungkan keyakinan barisan rakan senegarany­a mampu merealisas­ikan sasaran enam emas.

 ??  ?? HUSNIAH puas raih perak. IRFAN puas pertahan emas dua tahun lalu.
HUSNIAH puas raih perak. IRFAN puas pertahan emas dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia