Harian Metro

Hadir ibu bersyarat

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

 Alia atasi gementar dengan ketepi cabaran 2 penembak Singapura

Pemenang emas 25m pistol wanita, Alia Sazana Azahari mengakui tidak boleh melihat kelibat ibunya ketika beraksi di lapangan.

Atlet berusia 26 tahun itu menjelaska­n dia akan berasa lebih gementar sekiranya terlihat kelibat ibunya yang datang untuk memberi sokongan.

“Sebelum ini saya tidak pernah mengizinka­n ibu datang semasa sedang bertanding kerana akan rasa lebih gementar.

“Tapi, hari ini (semalam) emak saya tetap mahu datang dan saya kata boleh, dengan syarat jangan maklumkan saya jam berapa ibu mahu datang.

“Syukur saya dapat meraih emas,” katanya ketika ditemui di Lapang Sasar Menembak Subang, semalam.

Kehadiran Saydah Salleh, 45, menyaksika­n anaknya, Alia beraksi buat kali pertama sepanjang kerjaya atlet kelahiran Terengganu itu jelas berbaloi apabila dia mempertaha­n emas dimenangi pada temasya sama di Singapura, dua tahun lalu.

Alia mengumpul 31 mata untuk mengatasi dua atlet Singapura Teh Xiu Hon dan Nicole Tan yang meraih perak dan gangsa selepas masing-masing mencatat 28 dan 23 mata.

Selain itu, Alia turut menjelaska­n perjuangan­nya untuk mempertaha­nkan pingat emas adalah lebih sukar berbanding ketika kali pertama memenangin­ya di Singapura.

“Bagi saya untuk mempertaha­nkan pingat emas adalah lebih sukar daripada meraihnya buat kali pertama termasuk berdepan sedikit tekanan,” katanya.

Sementara itu, Saydah berkata usahanya datang dari Kuala Terengganu nyata berhasil walaupun pada awalnya mendapat halangan daripada Alia.

“Syukur kerana Alia dapat memenangi emas buat negara dan saya bagi pihak keluarga sangat berbangga dengan kejayaanny­a,” katanya.

 ?? FOTO: ROSDAN WAHID ?? ALIA membuat gimik dengan mengacu pistol sebagai simbolik memenangi emas acara 25m di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, semalam.
FOTO: ROSDAN WAHID ALIA membuat gimik dengan mengacu pistol sebagai simbolik memenangi emas acara 25m di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia