Harian Metro

Johnathan kecundang bedilan terakhir

-

Subang: Kesilapan tembakan terakhir menghancur­kan harapan atlet negara Johnathan Wong untuk merangkul emas acara 50 meter pistol individu lelaki apabila tewas kepada Natphanler­t Auapinyaku­l dari Thailand dengan hanya perbezaan 1.7 mata.

Beraksi di Lapang Sasar Menembak Subang semalam, jurang mata antara Johnathan dan Natpahanle­rt tidak jauh selepas dia membidik 9.6 mata pada tembakan pertama di pusingan akhir ketika lawannya itu mencatat 8.7 mata.

Bagaimanap­un kesilapan dilakukan penembak negara berusia 25 tahun itu kerana gugup ketika melakukan tembakan terakhir menyaksika­nnya mencatat 8.2 mata manakala Natpahanle­rt 8.9 mata untuk rekod baru final Sukan SEA, 225.2 mata keseluruha­n.

Johnathan hanya mampu memperbaik­i pencapaian gangsa di Singapura dua tahun lalu dengan 223.5 mata.

“Saya tidak melakukan tembakan dengan baik pada awal tapi kemudian bertambah baik sehingga penentuan dua penembak terakhir. Pada tembakan terakhir saya membuat kesilapan, saya gugup apabila dia (Natphanler­t) melepaskan tembakan dulu dan kemudian apabila saya dengar jeritan penyokong, saya terus hilang fokus.

“Memang perak ini pencapaian baik tapi sasaran saya untuk mendapatka­n emas, sebab kali ini kita bertanding di Malaysia, tapi saya sudah cuba,” katanya.

Pingat gangsa dimenangi atlet Myanmar Kyaw Swar Win dengan 205.2 mata manakala pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Hoang Xuan Vinh dari Vietnam tersingkir awal di pusingan akhir.

 ?? Johnathan Wong ?? Pada tembakan terakhir saya membuat kesilapan, saya gugup”
Johnathan Wong Pada tembakan terakhir saya membuat kesilapan, saya gugup”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia