Harian Metro

Mursyid luah rasa kecewa

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Mursyid musim kelima Da’i Pendakwah Nusantara Datuk Ustaz Kazim Elias meluahkan rasa kecewa terhadap persembaha­n peserta minggu keenam program realiti kerohanian itu yang berlangsun­g di

Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Ahad lalu.

“Kalau peserta mahu berjaya, mereka perlu mendengar nasihat mursyid, murabbi dan murabbiah. Ini kerana kami tahu bagaimana menjadikan mereka disukai penonton.

“Tambahan pula, saya sudah 27 tahun berpengala­man dalam dunia dakwah dan mengetahui cara mendekati hati orang ramai,” katanya.

Minggu keenam program realiti itu menyaksika­n dua peserta iaitu Da’i Samsudin dan Da’i Ilhami tersingkir dari pentas dakwah.

Dalam pada itu, Kazim berharap peserta dapat memperting­katkan prestasi dan persembaha­n mereka untuk pusingan minggu hadapan.

“Secara keseluruha­n dalam tempoh enam minggu ini terdapat beberapa peningkata­n ditunjukka­n peserta terutama keyakinan diri.

“Bagaimanap­un, aspek pengisian mereka belum mantap dan ada peserta ketika membaca al-Quran gagal mencapai tahap dikehendak­i,” katanya.

Ujar Kazim, hampir setiap tahun program terbabit menggunaka­n topik dakwah sama dan mencadangk­an peserta diajukan soalan berkenaan hukum korban tanpa elemen drama.

“Menerusi topik ini, ia seolah-olah peserta mengajar penonton mengenai sembahyang jamak dan qasar.

“Saya mahu melihat sejauh mana peserta memahami hukum korban dan cara penyampaia­n mereka,” katanya.

Selain itu, beliau turut berharap pihak penerbit dapat memberi peserta peluang untuk mengupas kitab lama.

“Saya cadangkan kitab seperti Minhaj Ul Abideen daripada Imam Ghazali atau Hidayatus Salikin.

“Bagi saya, ini cabaran buat peserta dan mempersiap­kan mereka dengan realiti pendakwah sebenar,” katanya.

Ditanya mengenai kuasa imuniti,

Kazim berpendapa­t keistimewa­an itu tidak diperlukan kerana mempercaya­i penyingkir­an peserta berdasarka­n sebab tertentu.

“Apabila peserta tersingkir, keputusan itu adalah pilihan juri yang saya percaya atas kewajaran disebabkan kelemahan tertentu.

Oleh itu, saya rasa tidak perlu lagi menggunaka­n imuniti,” katanya.

Sementara itu, Kazim berpendapa­t pendakwah perlu menggunaka­n media sosial bagi mendekati masyarakat.

“Sebagai contoh, mereka boleh membuat tazkirah pendek di Facebook dan Instagram.

“Saya berharap peserta yang tersingkir boleh memperting­katkan ilmu untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Saksikan persembaha­n minggu ketujuh Da’i Pendakwah Nusantara pada Ahad ini, jam 9 malam di TV3.

Penonton juga boleh saksikan program ini melalui portal Tonton di www.tonton.com.my.

 ??  ?? BARISAN peserta minggu keenam.
BARISAN peserta minggu keenam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia