Harian Metro

Kini no 1 di bollywood

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Mengikut perancanga­n asalnya, dia mahu menjadi seorang model dan bukannya pelakon.

Bagaimanap­un, atas ‘kesilapan’ yang tidak disengajak­an, Akshay Kumar, 49, kini pelakon paling berjaya di Bollywood sebaris dengan Shah Rukh Khan (SRK), Salman Khan dan Aamir Khan.

Walaupun Akshay pelakon keempat menerima bayaran paling tinggi dan di belakang tiga bintang legenda itu, dia kini dianggap sebagai pelakon nombor satu di Bollywood.

Ini kerana deretan filem lakonannya seperti Airlift, Housefull 3, Rustom, Jolly

LLB dan terbaru Toilet: Ek Prem Katha (Toilet) mencatat kutipan ‘box office’ berbanding filem lakonan SRK dan Salman yang gagal di pasaran.

Dalam ‘ranking’ dunia pula, pada 2015 majalah Forbes melaporkan pendapatan tahunan

Akshay tahun itu mengatasi pendapatan pelakon Hollywood seperti Mark Wahlberg, Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Johnny Depp iaitu RM136. 5 juta.

Majalah itu turut menyenarai­kan namanya sebagai pelakon yang mendapat bayaran tertinggi di dunia.

Dalam mengharung­i detik kegemilang­annya di Bollywood, bapa kepada dua cahaya mata itu amat terhutang budi kepada jutaan peminat yang tidak pernah jemu menyokongn­ya.

Sesuai dengan kedudukann­ya itu, secara purata Akshay berlakon empat filem setahun dan tentu ada yang beranggapa­n dengan kesibukann­ya itu, dia kurang meluangkan masa untuk keluargany­a.

“Jika berada di rumah, setiap pagi saya bangun seawal jam 4.30 pagi. Selepas itu saya akan bersenam selama sejam dan berenang kira-kira 30 hingga 45 minit. Pada jam 7 pagi saya menghantar anak ke sekolah dan terus ke lokasi penggambar­an.

 ??  ??
 ??  ?? AKSHAY mengutamak­an kebahagiaa­n isterinya, Twinkle.
AKSHAY mengutamak­an kebahagiaa­n isterinya, Twinkle.
 ??  ?? AKSI Akshay dan Bumi Padnekar dalam Toilet.
AKSI Akshay dan Bumi Padnekar dalam Toilet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia