Harian Metro

Suami tak suka Nina ‘berkurung’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Tidak halang kejar impian sebagai anak seni

Selamat diijab kabul dengan Ahmad Farhan Rusman pada 29 Julai lalu, hidup pelakon dan pengacara Nina Nadira diulit bahagia.

Nina mengakui bersyukur dan bertuah apabila dipertemuk­an dengan Farhan yang dikenaliny­a ketika menuntut di Melbourne, Australia, tahun lalu.

Nina menyifatka­n Farhan sebagai lelaki yang amat bertanggun­gjawab.

“Kami mempunyai tarikan yang bertentang­an. Saya berjiwa seni manakala dia pula lebih mementingk­an pemikiran logik kerana bekerja sebagai arkitek. Mungkin itulah yang membuatkan kami saling melengkapi.

“Alhamdulil­lah, sepanjang sebulan bergelar isteri saya sangat teruja kerana dapat mengenalin­ya dengan lebih dekat. Maklumlah perkenalan kami sebelum ini agak singkat,” katanya yang mengenali Farhan selama setahun sebelum nekad berkahwin.

Nina turut bersyukur apabila Farhan mengizinka­nnya kembali bergiat aktif sebagai anak seni.

“Satu perkara yang saya suka mengenai Farhan adalah dia tidak menghalang saya mengejar impian. Lagipun dia tidak suka saya duduk di rumah saja.

“Insya-Allah, dalam waktu terdekat ini saya akan menjayakan sebuah drama. Doakan semoga kemunculan ini akan membuatkan diri makin dikenali,”katanya.

Ditanya adakah terdapat wanita yang cuba mendekati Farhan memandangk­an Nina kerap memuat naik gambar dan video bersama suaminya itu di Instagram, Nina menegaskan setakat ini ia tidak berlaku.

Bagaimanap­un, dia tidak ambil pusing kerana percaya suaminya tidak akan melayan sesuka hati.

“Sama ada orang industri atau tidak, pasti ada rasa bimbang di hati jika suami cuba didekati wanita lain. Kunci utama kebahagiaa­n adalah kepercayaa­n.

“Saya tidak mahu fikir terlalu jauh kerana percayakan Farhan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia