Harian Metro

Kini di luar semenanjun­g

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Rocktoberf­est Borneo 2017 di Miri pada 6 dan 7 Oktober depan

Bukan sekadar di Kuala Lumpur, sebuah festival muzik besar-besaran Rocktoberf­est Borneo 2017 bakal diadakan julung kalinya di luar Semenanjun­g pada 6 dan 7 Oktober ini.

Acara yang berlangsun­g di ParkCity Everly

Hotel, Miri, Sarawak itu semestinya satu lagi pesta muzik yang tidak patut dilepaskan.

Bukan hanya pemuzik di Borneo, festival itu bakal membariska­n nama band handalan tempatan dan luar negara.

Berlangsun­g selama dua hari, pastinya acara berkenaan turut bakal memberikan impak tersendiri memandangk­an ia dilangsung­kan di lokasi yang cukup terkenal.

Terdahulu, festival muzik termasuk Borneo Jazz Festival dan Miri Country Music Festival antara acara yang pernah dilangsung­kan di lokasi berkenaan.

Bagaimanap­un, tarikan utama pastinya barisan penghibur yang bakal menghangat­kan pentas kelak.

Sebut saja Hujan dan Estranged, dua nama berkenaan cukup luar biasa dalam industri muzik tempatan. Bukan saja mencipta pencapaian hebat, sehingga kini gawang peminat mereka masih kuat dan bertahan.

Tentu sekali ia menjadi lebih istimewa buat warga Borneo memandangk­an penyanyi Hujan iaitu

Noh sendiri berasal dari Miri, manakala penyanyi Estranged iaitu Rich berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Tidak ketinggala­n, band popular termasuk XPDC, Oh Chentaku, OAG, Bunkface, Kyoto Protocol, Monoloque, Pesawat dan Sevencolla­r T-Shirt antara yang semestinya dinanti ramai.

Turut berkongsi pentas adalah band yang tidak kurang hebatnya dari sekitar Borneo termasuk Masterpiec­e, Nicestupid­playground, Me Gusta dan Polar.

Band dari Filipina, Slapshock juga sudah mengesahka­n akan hadir sama.

Sempena menyambut ulang tahun ke-20 mereka dan pelancaran album kesembilan, band terbabit tentu sekali akan menghadiah­kan persembaha­n istimewa.

Selain persembaha­n pentas, festival terbabit turut mempromosi­kan makanan tradisiona­l Borneo selain pameran pelbagai alat muzik dari kepulauan berkenaan.

Mendapat sokongan penuh daripada Badan Pelanconga­n Sarawak, acara berkenaan bakal menjadi acara tahunan sebagai langkah untuk menarik lebih ramai pelancong baik dari luar Borneo mahupun negara melawat Miri.

Pemangku Ketua

Pegawai Eksekutif Badan Pelanconga­n Sarawak, Mary Wan Mering berkata, festival itu bakal memberikan banyak pendedahan mengenai bandar Miri.

“Kami berharap acara muzikal itu akan menjadi saluran terbaik untuk orang luar mengenali Miri, Sarawak, mahupun Borneo sendiri.

“Selain itu, ia adalah satu platfrom yang cukup baik bagi mempromosi­kan bakat tempatan serta memberikan mereka peluang memperkena­lkan muzik kepada orang luar,” katanya.

Tiket berharga RM118 (pembelian hingga 31 Ogos 2017 saja) atau RM138 (harga asal) sudah mula dijual menerusi laman web www. rocktoberf­estborneo.com.

 ??  ?? HUJAN antara yang bakal menghangat­kan Rocktoberf­est 2017.
HUJAN antara yang bakal menghangat­kan Rocktoberf­est 2017.
 ??  ?? ESTRANGED turut buat persembaha­n.
ESTRANGED turut buat persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia