Harian Metro

Setia kawan walau berbeza agama, budaya

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Fattah teruja diberi peluang beraksi dalam program The House musim keempat bersama Alvin

Semakin sibuk di lokasi penggambar­an drama bersiri Coffee Prince, pelakon Fattah Amin turut teruja diberi peluang beraksi dalam program realiti The House musim keempat yang bakal ditayangka­n bulan depan.

Menerusi program enam episod itu, Fattah akan berganding­an dengan pelakon Alvin Chong yang akan memperliha­tkan sikap setia kawan mereka berdua.

“Gandingan kami berdua idea daripada Astro sendiri. Mungkin juga atas permintaan peminat yang suka melihat kami ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.

“Pastinya saya teruja kerana kami tinggal di dalam rumah bot dan ia pengalaman menarik kerana pelbagai aktiviti kami perlu lakukan yang sudah lama tidak saya lakukan,” katanya.

Fattah berkata, walaupun berbeza agama dan budaya mereka tidak ada masalah dalam soal makanan atau perkara berkaitan kerana Alvin seorang yang menyenangk­an.

“Tidak timbul isu yang menyentuh sensitivit­i kerana Alvin tidak banyak ‘songeh’ dan memahami.

“Apa yang pasti menerusi program ini kami menjadi lebih rapat lagi kerana Alvin sangat terbuka dalam berkongsi kisah peribadiny­a yang belum pernah dia cerita sebelum ini.

“Bagi yang ingin tahu apakah cerita itu kenalah saksikan program ini yang akan ditayangka­n pada 27 September depan,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai siri Coffee Prince, Fattah yang berganding­an dengan Janna Nick tidak mengalami sebarang masalah sepanjang di lokasi.

“Kami sudah lama kenal dan sering berjumpa serta terbabit sama dalam beberapa acara sebelum ini.

“Dari situ kami lebih mengenali dan faham perangai masing-masing. Oleh itu, tidak susah untuk saya mendapatka­n keserasian bersama Janna,” katanya.

Fattah juga berharap tidak ada yang menyamakan siri ini dengan versi Korea kerana baginya versi lakonannya lebih menerapkan elemen Melayu.

Selain Fattah dan Janna, siri arahan Michael Ang itu turut dilakonkan Fahrin Ahmad dan Diana Danielle.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia