Harian Metro

Teknologi hilang tumpuan

-

Ia sepatutnya memudahkan tapi lain pula jadinya

Nokia Symbian sebagai perisian telefon pintar paling popular pada suku keempat 2010 sekali gus menamatkan penguasaan Nokia dalam industri berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Kejayaan sistem operasi Android, sumber terbuka yang menjadi standard bagi sebahagian besar pengeluar telefon, menyaksika­n Google sebagai perisian melampaui komputer untuk mengakses web.

Android adalah sistem operasi untuk peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan notebook.

Ia dibangunka­n

Google berdasarka­n sistem perisian Linux dan perisian GNU selepas pengambila­lihan Android Inc sehingga terbentuk Open Handset Alliance, konsortium 34 syarikat telekomuni­kasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, TMobile dan Nvidia.

Kini, pengasas bersamanya, Andy Rubin yang meninggalk­an Google bergerak sendiri dan mencipta telefon pintar (Essential) namun mengekalka­n OS Android di samping pengenalan sistem berasaskan Internet untuk segalanya (IoT), Ambient OS.

“Ramai yang bertanya kenapa saya memulakan syarikat Essential dan kenapa tidak hanya berehat dan mengelilin­gi dunia, menunggang motosikal, bersama robot atau hanya lepak kedai roti milik saya,” katanya Rubin.

Katanya, secara jujurnya beliau juga bertanyaka­n soalan yang sama, namun semuanya berlaku pada satu malam apabila berjumpa rakan lama dan berbual mengenai teknologi terkini.

“Malam yang semakin melabuh tirainya merancakka­n perbualan sehingga bangkit persoalan mengenai teknologi sekarang yang semakin hilang pilihan.

“Lebih banyak ciri yang kita tidak guna pun ditawarkan dalam telefon pintar dengan pertambaha­n lautan produk yang langsung tidak bekerja antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Rubin, bermulalah Essential yang mahu menjawab semua persoalan dan merungkaik­an masalah pilihan yang sepatutnya diperoleh pelanggan.

“Jadi, jurutera perkakasan kami mahu saya bercakap mengenai betapa ghairah dan semangat perlu diterapkan dalam produk baru.

“Jurutera perisian pula mahu saya bercakap mengenai visi pembuatan telefon baru meskipun bukan keseluruha­nnya direka kami, namun ia boleh beroperasi bersama tanpa halangan.

“Rakan kongsi pula mahu saya bercakap mengenai kunci kejayaan syarikat teknologi direka selamanya,” katanya.

Beliau berkata, semua yang dinyatakan di atas adalah sesuatu yang benar.

“Saya bertanggun­gjawab terhadap teknologi yang saya bangunkan dulu.

“Sebaikbaik Android dicipta untuk membantu membawakan teknologi kepada hampir semua manusia, ia juga mencipta dunia pelik baru yang mana masyarakat terpaksa bertarung untuk belajar mengenai teknologi yang sepatutnya memudahkan mereka, namun sebaliknya berlaku,” jelas Rubin.

 ??  ?? RUBIN, pengasas Android yang kini mencipta telefon
pintar baru.
RUBIN, pengasas Android yang kini mencipta telefon pintar baru.
 ??  ?? ESSENTIAL Phone ada slot khas untuk kamera 360.
ESSENTIAL Phone ada slot khas untuk kamera 360.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia