Harian Metro

Wiko Upulse, fon remaja

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Harganya memang murah tapi kurang memuaskan

Kelainan. Itu perkataan yang membezakan pemilik telefon pintar sekarang.

Apabila terlalu banyak lambakan jenama di pasaran, terdapat golongan memilih untuk mencari lain daripada yang lain.

Ia sekali gus membezakan golongan ini dengan pengguna telefon pintar lain di pasaran ditambah harga peranti pula tidak terlalu mahal.

Itu yang dapat digambarka­n kepada anda yang mahu mencari fon baru, boleh memilih Wiko Upulse.

Harganya hanya

RM799 dan sesuai untuk remaja yang mungkin menggunaka­n cuma untuk WhatsApp, Facebook atau WeChat.

Jenama ini hasil buatan syarikat Perancis. Bukan kali pertama menghasilk­an produk, Upulse gantian bagi Ufeel.

Berbeza dengan

Ufeel tampil dengan pengimbas cap jari pada butang ‘Home’ di depan, model baru mempunyai pengimbas cap jari di belakang yang masih mengekalka­n fungsi sama sebagai akses kepada Home.

Bagi penguji, rekaannya biasa saja dan warna hitam sesuai kepada lelaki namun terdapat warna lain juga bagi wanita.

Ia mempunyai paparan 5.5 inci dengan resolusi HD, cukuplah kalau mahu menonton video Facebook atau Instagram.

Menggunaka­n

Android 7.0 Nougat, antaramuka­nya tidak padat dan ringkas apabila menggabung­kan bersama sistem operasi sendiri Doze 2.0.

Penguji mengalami masalah dengan peranti yang kerap ‘lag’ apabila membuka beberapa tetingkap aplikasi meskipun RAMnya 3GB.

Ia bersangkut paut dengan aplikasi berat kapasiti yang mungkin membebanka­n jadi penguji nasihatkan elak membuka terlalu banyak aplikasi atau sering amalkan konsep bersihkan RAM.

Telefon ini menggunaka­n storan 32GB dan ia lengkap dengan kamera 13 megapiksel di samping 8 megapiksel untuk kamera depan.

Penguji tidak mahu mengulas terlalu lanjut mengenai kameranya. Faham sajalah!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia