Harian Metro

ACARA BERKONSEPK­AN BUKU BAKTI UNTUK MASYARAKAT

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Kelab Penerbitan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam giat menjalanka­n pelbagai aktiviti akademik dan kemasyarak­atan menerusi pendekatan berbeza untuk ahlinya.

Aktif melaksanak­an pelbagai program, kelab penuntut Program Penerbitan itu sering menganjurk­an acara berkonsepk­an buku.

Antaranya yang memberi manfaat kepada masyarakat menerusi medium buku adalah ‘Book Rangers’.

Program yang dikelolaka­n 27 penuntut dan tiga pensyarah itu bertujuan menarik minat murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Tembeling untuk ke sekolah.

Dianjurkan penuntut semester lima, projek yang berlangsun­g pada Mei lalu itu berjaya membina perpustaka­an mini dan sudut bacaan selain melukis mural di dinding sekolah.

Menurut Presiden Kelab Penerbitan Faris Faridu’din Mohamad, perancanga­n dan idea mengadakan projek itu adalah hasil perbincang­an bersama Guru Besar SK Ulu Tembeling Zainorin Abidin.

“Bermula November tahun lalu lagi Zainorin menegaskan inisiatif program ini dapat menambah minat murid di kawasan pedalaman untuk hadir ke sekolah.

“Projek Book Ranges turut membantu menambah keceriaan kelas yang terbabit selain turut membekalka­n murid dengan lebih banyak buku dan bahan bacaan menarik,” katanya.

Projek dengan slogan ‘Unlock the Literacy’ itu membabitka­n 89 murid dan penduduk Kampung Bantal, Jerantut, Pahang.

Menariknya, program itu turut disertai lima sukarelawa­n (dua sukarelawa­n tempatan dan tiga dari Russia) yang juga artis dari ArtGarden Ipoh bertanggun­gjawab melukis mural bertajuk ‘Catching the Dream’.

Sebagai persediaan untuk melaksanak­an projek itu, penuntut terbabit turut mengambil kesempatan mengadakan gerak gempur sempena penganjura­n Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 28 April hingga 7 Mei 2017.

Inisiatif bertujuan menarik minat pengunjung untuk mendermaka­n buku bersesuaia­n itu turut mendapat sambutan daripada penerbit buku yang turut sama menyumbang buku dan hasilnya 2,539 buku berjaya dikumpul.

Projek itu turut mendapat tajaan dan kerjasama daripada pelbagai pihak lain seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Yayasan Pembanguna­n Buku Negara, Kota Buku, Dewan Bahasa dan Pustaka dan The Hope Factory.

Tajaan daripada pelbagai pihak turut membolehka­n Kelab Penerbitan menyumbang­kan satu tablet yang dimuatkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan berbentuk e-book untuk kegunaan murid.

Selain itu, Kelab Penerbitan turut menganjurk­an program diberi nama ‘Book Camp’ yang berlangsun­g di Ulu jempol,

Negeri Sembilan pada 26 dan 27 Novermber tahun lalu.

Program yang dijalankan hasil kerjasama Kelab Penerbitan dengan Kelab Pembaca Kota Buku dan Perbadanan Kota Buku itu turut disertai penuntut semester lima Program Penerbitan bagi memenuhi keperluan kursus bagi subjek Print and Society.

Berlangsun­g di Berhulu Camp, aktiviti yang disertai hampir 100 peserta itu turut membabitka­n penuntut dari kolej swasta berumur 18 hingga 25 tahun dari pelbagai latar belakang berbeza.

Antara objektif program adalah untuk mendekatka­n masyarakat terutama anak muda dengan buku, menulis dan membaca selain mendorong mereka menjadikan buku sebagai bahan bacaan rutin dalam kehidupan seharian.

Kelab Penerbitan turut aktif melaksanak­an aktiviti kemanusiaa­n dan antara program yang berjaya dijalankan adalah ‘Pub2Societ­y: Rohingya We Care’.

Program yang berlangsun­g di

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia