Harian Metro

KING AFIQ INSPIRASI BELIA

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Pemilik akaun Instagram (IG) @kingafiqq, Ameerul Afiq Abdul Hadi, 20, atau lebih selesa disapa King Afiq mempunyai 292,000 pengikut di laman sosialnya itu.

Kejayaan King Afiq dalam bidang perniagaan pada usia seawal 19 tahun menjadikan dirinya idola dan inspirasi belia di negara kita.

Nak tahu apa rahsia kejayaan King Afiq?

Ikuti temu bual penulis bersamanya.

SOALAN (S): Ceritakan mengenai latar belakang diri King Afiq?

KING AFIQ (KA): Saya anak ketiga daripada empat beradik dan berasal dari Ampang, Kuala Lumpur.

Saya masih menuntut dalam jurusan Diploma Syariah di Kolej Islam Assofa, Ampang dan bakal menamatkan pengajian pada September ini.

Sebenarnya saya giat mengusahak­an perniagaan secara dalam talian dengan menjual beberapa produk seperti baju Melayu, kain kapas, kasut, sandal dan produk kosmetik keluaran saya sendiri iaitu Co-White.

Malah saya juga memiliki francais Chatime di Seremban Gateway, jurucakap strategi pemasaran online atau motivasi dan pengasas Sole Steps.

S: Apakah faktor netizen mengikuti perkembang­an King Afiq di laman sosial IG?

KA: Netizen mungkin nak tahu mengenai aktiviti harian atau gaya hidup saya menerusi gambar yang dimuat naik setiap hari. Selain itu, saya sangat suka fesyen berkonsepk­an kasual dan profesiona­l yang boleh dijadikan idea untuk netizen mempunyai cita rasa sama.

Saya juga sering berkongsi kata motivasi dengan netizen supaya mereka lebih bersemanga­t membabitka­n diri dalam bidang perniagaan selain berkongsi tip dan nasihat di Facebook (FB).

S: Boleh kongsikan hobi atau aktiviti King Afiq pada waktu lapang?

KA: Kebanyakan masa saya dihabiskan di hadapan komputer riba melayari Internet mencari ilmu mengenai strategi pemasaran menerusi perniagaan dari luar negara untuk digunakan pada bisnes saya sendiri.

Saya tidak suka bersosial, lebih gemar meluangkan masa di rumah bersama ahli keluarga dan rakan baik serta tidak mahu memikirkan soal jodoh buat masa ini.

Selalunya saya akan merancang percutian 10 kali setahun ke luar negara. Selain mahu meneroka pemandanga­n negara luar, tujuan saya ke sana untuk mencari bisnes atau produk yang boleh dibawa pulang ke negara kita. Saya tidak suka melakukan sesuatu perkara tanpa hala tujuan dan semestinya memberi manfaat dalam bidang perniagaan.

Selain itu, kepetahan dalam berkomunik­asi memberi peluang kepada saya menjadi jurucakap jemputan bagi tajuk ‘How To Make A Money Since We Are Young’ bukan hanya di Malaysia malah dari Indonesia dan Brunei.

S: Apa rahsia kejayaan King Afiq bergelar usahawan muda berjaya pada usia 19 tahun?

KA: Pertama, kalau nak berjaya dalam perniagaan kita perlu sentiasa rasa tak pandai dan berusaha mencari ilmu. Kedua, kita perlu ada ‘keghairaha­n’ terhadap setiap perkara yang dilakukan supaya tidak mudah berputus asa untuk menuju kejayaan.

Ketiga, sentiasa fokus dan kuatkan semangat untuk merealisas­ikannya. Keempat, sentiasa bersyukur dan jangan merungut dengan kekurangan diri kita kerana kejayaan mengambil masa yang lama untuk berada di puncak.

Berkongsi pengalaman saya sendiri, pada usia 13 tahun saya sudah berniaga butang baju Melayu, minyak wangi dan jam tangan di asrama. Minat berniaga ini diwarisi daripada ibu bapa tetapi saya menggunaka­n teknik berniaga tanpa modal.

Menerusi teknik itu, saya berjaya lahirkan lebih 50 usahawan belia yang kini mampu menjana pendapatan RM100,000 sebulan dengan hanya menggunaka­n media sosial sebagai medium perniagaan.

Bagi saya, usia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia