Harian Metro

Praktikal dibawa ke mana saja

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Ringkas, enak dan mengenyang­kan. Bagi mereka yang tidak berkesempa­tan menjamah nasi, Kebab Turki Baba

Rafi (Kebab Turki) adalah pilihan tepat untuk mengekalka­n pengambila­n diet seimbang dengan makanan sihat.

Didatangka­n dengan tiga pilihan inti lazat iaitu ayam, daging dan sayursayur­an segar, kebab ini boleh didapati pada harga kurang RM10. Ia praktikal dibawa ke mana saja, menjadikan waktu makan tengah hari dan petang anda lebih fleksibel dan menyenangk­an.

Pengarah Urusan Kumpulan Inky Afandi Oh Omar Oh berkata, keistimewa­an kebab Turkinya terletak pada bahan asas seperti roti tortila dibuat sendiri, daging dan ayam yang diperap menggunaka­n rempah khas, tujuh pilihan sos istimewa cita rasa tempatan dan sayur segar.

“Kebab ini kita bawa secara francais dari Indonesia. Di sana, mereka sudah pun mempunyai kira-kira 1,200 kios. Walaupun dinamakan sebagai kebab Turki, namun rasanya disesuaika­n dengan selera tempatan.

“Perapan daging dan ayamnya menggunaka­n rempah khas, sementara sos pula dipilih berdasarka­n populariti di Malaysia,” katanya.

Jelas Afandi, pelanggan yang datang boleh memilih menu ayam atau daging, diikuti jenis roti, sama ada tortila kosong, bawang putih atau mil penuh.

“Setiap hidangan yang kita sediakan adalah menyihatka­n. Sayur yang digunakan juga segar dan dipilih dalam kalangan produk premium untuk keenakan rasa berganda.

“Kelebihan utama kita berbanding Indonesia adalah pilihan sos. Di Malaysia, pelanggan boleh mencuba sos cili, tomato, barbeku, kari-mayo, mayonis, lada hitam dan peri-peri. Mereka juga boleh berinovasi dengan menambah telur, keju cheddar, daging dan hirisan ayam untuk rasa yang lebih mewah,” katanya.

Selain kebab, kios di Tingkat 4, Sunway Putra Mall itu turut menyediaka­n makanan sampingan seperti sosej, burger dan minuman kepada pelanggan.

 ??  ??
 ??  ?? PENYEDIAAN kebab sebelum digulung.
PENYEDIAAN kebab sebelum digulung.
 ?? FOTO ?? AFANDI Oh bersama
kebab Turki.
FOTO AFANDI Oh bersama kebab Turki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia