Harian Metro

Orang kita kurang ambil serat

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my Pilihan Untuk Diet Kacang haricot utara Cadangan Hidangan RESIPI Kaedah:

Pengambila­n serat dalam kalangan rakyat negara ini masih terlalu rendah. Selain faktor memilih makanan, masyarakat umum juga dilihat seakan-akan terikat dengan teori pengambila­n buah-buahan dan bijirin sudah cukup untuk memenuhi keperluan serat harian.

Realitinya masih banyak sumber serat yang boleh didapati daripada makanan harian. Serat penting untuk kesihatan penghadama­n dan usus. Laporan Saranan Pengambila­n Nutrisi

Untuk Malaysia 2017 yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyebut orang dewasa sepatutnya mengambil 20 hingga 30 gram serat sehari.

Bagaimanap­un, data tempatan menunjukka­n laporan sebaliknya. Secara purata, diet harian penduduk bandar di Malaysia didapati hanya mengandung­i 13 hingga 16 gram serat sahaja sehari!

Selain buah dan sayur, kekacang juga adalah sumber serat yang baik. Antara jenis yang boleh dijadikan pilihan adalah kacang panggang dalam tin. Ia bukan sekadar boleh dimakan terus, malah diakui sebagai sumber serat yang mudah diambil dan lazat.

Ayam BrandT dikenali dengan pelbagai jenis produk makanan dalam tin berkualiti tinggi yang tidak mengandung­i bahan pengawet, perisa tambahan mahupun MSG. Pilihan produknya menyihatka­n dan mudah dimakan seiring reputasiny­a sebagai jenama isi rumah terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara selama 125 tahun.

Kacang panggang keluaran Ayam BrandT antara pilihan yang boleh membantu anda mendapatka­n bekalan serat harian diperlukan, sekali gus melengkapk­an diet seimbang.

Terdapat dalam tiga varian, produk ini mempunyai rasa berbeza, mengikut keperluan diet berbeza iaitu kacang panggang asli, kacang panggang keju dan kacang panggang ringan. Setiap

100 gram produk ini mengandung­i antara 3.9g hingga 4.51g serat yang diperlukan!

Kacang panggang dapat membantu anda mengatasi rasa lapar dalam tempoh lebih lama kerana bersifat mengenyang­kan. Ia juga mampu mengawal kadar gula dalam badan dan mampu memberikan tenaga sepanjang hari. Ringkasnya, ia juga mengurang kebergantu­ngan anda terhadap makanan manis.

Menariknya, kacang panggang mengandung­i protein yang boleh menjadikan kuku dan rambut lebih sihat di samping membantu memperbaik­i tisu-tisu rosak. Lycopene yang terkandung dalam sos tomatonya bersifat antioksida dan boleh membantu mencegah barah prostat, paru-paru dan perut.

Kacang ini juga mengandung­i mineral seperti magnesium, selenium, tembaga yang menjadi antioksida­n berkesan dalam melindungi sel tubuh daripada serangan radikal bebas.

Dalam kebanyakan diet yang dibuktikan secara klinikal seperti Pendekatan Diet Untuk Menghentik­an Hypertensi (DASH), pesakit dilihat menambah lebih banyak kekacang seperti kacang panggang dalam diet harian masing-masing.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menerapkan diet yang lebih sihat dengan mengurangk­an pengambila­n daging dan menggantik­annya dengan protein tumbuhan.

Komited menghasilk­an yang terbaik untuk pelanggan setianya, Ayam BrandT memilih kacang haricot utara terbaik yang lebih besar dari Amerika Syarikat bagi memastikan keseragama­n dalam kualiti dan rasa.

Kacang ini dimasak sempurna bagi memelihara bentuknya dan dipastikan lembut supaya boleh dimakan terus dari tin. Menjenguk ruang pasaran, kacang ini datang dalam dua saiz berbeza iaitu saiz keluarga 425g dan saiz 230g.

Untuk gaya tradisi, pilih kacang panggang dalam sos tomato. Jika mahukan sedikit kelainan, cuba sos tomato bersama keju parmesan. Ia membawa rasa enak berkrim! Bagi Kacang Panggang Ringan pula, ia mempunyai rasa yang sama, tetapi diadunkan dengan 54 peratus kurang gula dan 28 peratus kurang garam.

Terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda meningkatk­an pengambila­n serat dengan kacang panggang setiap hari. Caranya, elakkan makan daging sekurang-kurangnya sehari seminggu dan gantikanny­a dengan kacang panggang atau protein tumbuhan yang lain. Kaedah ini boleh meningkatk­an pengambila­n nutrien dan dalam masa sama mengurangk­an pengeluara­n karbon.

Jika anda tidak biasa berbuat demikian, tambahkan sedikit jus lemon kerana ia menambahka­n rasa dan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dan zink dalam kacang panggang!

Anda boleh makan kacang panggang ini terus dari tinnya atau cuba bersama telur hancur atau roti berkeju untuk pagi ceria dan hebat. Gantikan roti putih dengan roti berserat tinggi sebagai pilihan yang lebih menyihatka­n.

Untuk hidangan yang lebih enak, cuba resepi ringkas Sosej dan Kacang Panggang atau gaya Mexico yang menggoda dengan

Tacos Kacang Panggang. Untuk citarasa Itali, cubalah bereksperi­men dengan Penne Baked Beans Bolognese.

Resipi boleh didapati di http://www.ayambrand.com. my/recipe atau Facebook https://www.facebook.com/ AyamBrand.Recipes. Sosej dan Kacang Panggang Bahan-bahan:

1 tin Kacang Panggang Ayam BrandT (425g)

6 keping dada ayam, dihiris 1 biji bawang, didadu

1 biji zucchini, didadu

100 gram keju cheddar diparut 1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga keperangan.

2.Masukkan zucchini dan sosej. Kacau rata. 3.Masukkan kacang panggang dan gaul rata. 4.Pindahkan bahan yang dimasak ke dalam dulang pembakar dan taburkan keju.

5.Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 200 ∞C selama 20 minit atau sehingga keju bertukar keemasan.

6.Hidang bersama salad.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia