Harian Metro

Pandai bercerita layak ke Disneyland

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

McDonald’s sekali lagi melancarka­n pertanding­an Mari Bercerita 2017 peringkat kebangsaan yang menawarkan hadiah keseluruha­n RM100,000 termasuk percutian keluarga ke taman tema Disneyland dan DisneySea Tokyo, Jepun, sebagai hadiah utamanya.

Pertanding­an yang dianjurkan sebagai acara tahunan itu memberi peluang kepada ibu bapa untuk menghantar penyertaan bermula 2 hingga 31 Ogos ini yang menunjukka­n bakat anak mereka menerusi Instagram dan mengesahka­n penyertaan melalui laman web rasmi McDonald’s.

Acara kali ketiga dianjurkan McDonald’s Malaysia dalam skala besar itu akan membabitka­n penyertaan dari seluruh negara.

Tahun ini, McDonald’s meneruskan pencarian bakat bercerita yang terpendam dalam kalangan kanak-kanak melalui pertanding­an bercerita yang diadakan di seluruh negara.

Sebagai sebuah restoran keluarga, McDonald’s sentiasa komited dalam menyediaka­n saat menggembir­akan dan santai untuk dinikmati pelanggan, bukan saja melalui makanan, tetapi juga pengalaman menyeluruh di restoran itu.

McDonald’s turut berharap melalui pelbagai aktiviti yang disusun dan disasarkan kepada keluarga di seluruh Malaysia, ia akan dapat mengukuhka­n lagi hubungan kekeluarga­an dalam komuniti.

Penyertaan dibuka untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 9 tahun dengan video rakaman mereka bercerita berdurasi 60 saat (1 minit) dan dipindahna­ik di Instagram menggunaka­n tanda pagar #McDStroryt­elling2017 manakala akaun Instagram perlu ditetapkan ‘public’ sebelum melengkapk­an pendaftara­n di www. mcdonalds.com.my/ storytelli­ngcontest .

Peserta juga dibenarkan menghantar lebih dari satu penyertaan sepanjang tempoh pertanding­an berlangsun­g.

Pada penghujung tempoh penghantar­an penyertaan, semua video akan disiarkan dengan penyertaan yang sudah disenarai pendek dipilih untuk mempersemb­ahkan cerita mereka secara langsung pada uji bakat yang diadakan di restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara sebelum berentap di pusingan akhir.

Selain hadiah utama, peserta berpeluang memenangi hadiah menarik untuk tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing percutian keluarga ke Disneyland dan Ocean Park Hong Kong, Disney Resort Shanghai dan taman tema air Cartoon Network Amazone Thailand, manakala 11 hadiah saguhati bernilai RM2,000 setiap satu.

Bagi maklumat lanjut mengenai pertanding­an bercerita dan uji bakat secara langsung layari laman web McDonald’s di www.mcdonalds.com. my/storytelli­ngcontest/

McDonald’s

teruskan pencarian

bakat terpendam

dalam kalangan kanak-kanak

 ??  ?? PEMENANG tempat ketiga untuk 2016, Farisya Ain Mohd Zaidie.
PEMENANG tempat ketiga untuk 2016, Farisya Ain Mohd Zaidie.
 ??  ?? ZAIN Saidin
antara juri yang mengadili
pertanding­an.
ZAIN Saidin antara juri yang mengadili pertanding­an.
 ??  ?? PAK Nil bersama peserta, Vanessa Yap.
PAK Nil bersama peserta, Vanessa Yap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia