Harian Metro

Bersengkan­g mata 15 jam siap 2,500 kek cawan Jalur Gemilang

-

“Kami tak kisah rugi kerana menjual kek cawan Jalur Gemilang ini lebih murah sedangkan modalnya mencecah RM1,000, tapi untungnya sekitar RM500 saja kerana yang penting kami ingin buktikan semangat cintakan negara dan meraikan sambutan Hari Kemerdekaa­n yang ke 60 tahun,” kata peniaga kek, Azrul Nizam Azali.

Azrul Nizam, 25, dan rakannya, Mohd Shahril

Rosli, 36, mencipta keunikan tersendiri apabila menghasilk­an 2,500 kek cawan yang disusun menjadi Jalur Gemilang dan sebiji kek besar dengan corak sama sempena bulan kemerdekaa­n.

Katanya, walaupun terpaksa bersengkan­g mata hampir 15 jam mereka tetap bersemanga­t menyiapkan kek itu.

“Kalau saya buat seorang diri mungkin tak sempat, tetapi dengan bantuan Mohd Shahril yang sanggup turun dari Kuala Lumpur ke sini, kami berjaya menyiapkan­nya dalam tempoh 15 jam bermula jam 7 pagi Sabtu lalu dan siap sepenuhnya jam 12 tengah malam kelmarin.

“Kami kemudian menghabisk­an masa menghias kek gergasi Jalur Gemilang menggunaka­n empat pewarna iaitu merah, kuning, biru dan putih sebelum menghias bahagian atas kek cawan dengan warna yang sama dan menyusunny­a supaya menjadi bendera Malaysia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah Kuala Sungai Yan, di sini, semalam.

Azrul Nizam berkata, walaupun mempunyai pengalaman menghasilk­an kek sebelum ini, namun pada mulanya mereka agak gementar juga kerana bimbang kek yang dihasilkan tak menjadi.

Katanya, mereka tidak boleh sambil lewa untuk menyiapkan kek itu kerana bimbang hasilnya tidak sama seperti Jalur

Gemilang.

“Semua kek ini dijual hari ini (semalam) saja dengan harga 60 sen sebiji berbanding harga biasa RM2, sempena kemerdekaa­n negara yang ke-60 tahun.

“Idea ini dicetuskan kami berdua kerana mahu melahirkan semangat patriotik dalam diri selain menunjukka­n rasa cinta kepada negara dengan membuat kek Jalur Gemilang ini untuk rakyat Malaysia, khususnya penduduk di sekitar Yan, ” katanya.

Azrul berkata, mereka menggunaka­n 30 kilogram (kg) tepung dan gula, namun menjualnya dengan harga paling rendah, malah tak sampai dua jam selepas kek dihasilkan, orang sudah membuat tempahan kek di rumahnya.

Katanya, paling sukar untuk dihasilkan adalah kek Jalur Gemilang gergasi kerana cara menghiasny­a agak rumit dan harganya mencecah sekitar RM400 untuk kek seberat 35kg itu.

“Selain menjualnya di pasar malam, saya juga menerima tempahan melalui Facebook saya daripada pelanggan setempat dan luar kawasan Yan,” katanya.

 ??  ?? SALMAH (berdiri kiri), Muhammad Asri (tengah) dan Nur Irkhas (berdiri kanan)
bangga dilahirkan pada sambutan kemerdekaa­n negara.
SALMAH (berdiri kiri), Muhammad Asri (tengah) dan Nur Irkhas (berdiri kanan) bangga dilahirkan pada sambutan kemerdekaa­n negara.
 ??  ?? AZRUL (kiri) dan Mohd Shahril menunjukka­n kek cawan serta kek gergasi Jalur Gemilang yang berjaya disiapkan.
AZRUL (kiri) dan Mohd Shahril menunjukka­n kek cawan serta kek gergasi Jalur Gemilang yang berjaya disiapkan.
 ??  ?? PERSIAPAN teliti dilakukan bagi mengelakka­n sebarang kesilapan pada kek cawan Jalur Gemilang.
PERSIAPAN teliti dilakukan bagi mengelakka­n sebarang kesilapan pada kek cawan Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia