Harian Metro

Tegahan dan larangan jangan dihampiri

- Ahmad Fahim Robani Penulis Ketua Jabatan Sains Sosial dan Komunikasi MMU

Bagi kita manusia, ada dua tuntutan yang diminta oleh Allah SWT. Pertamanya, tuntutan melaksanak­an perintah atau arahan. Sama ada kita rela atau tidak, arahan itu mesti dilaksanak­an sebaiknya. Kerana apa?

Kerana di sebalik setiap arahan dan perintah itu ada kebaikan untuk manusia walaupun mungkin dirasakan tidak logik pada dirinya. Bezanya mungkin dia tahu apa kebaikanny­a secara pasti atau tidak.

Ini bergantung pada tahap ilmu yang ada pada seseorang. Segelintir mengatakan pelaksanaa­n ibadat haji menyusah atau membebanka­n sebagaiman­a musim yang sedang dilalui jemaah haji seluruh dunia sekarang.

Kerana ia menuntut perbelanja­an tinggi dari segi kewangan, kesihatan dan tenaga yang banyak.

Namun, apabila dinilai dan diperhati secara halus, kita akan dapati bahawa setiap arahan Allah dan Rasul itu banyak memberikan kebaikan kepada manusia.

Baik daripada segi kesihatan seperti menunaikan solat dan puasa. Bahkan dalam melafazkan zikir dan tasbih pada Allah juga dapat memberikan kebaikan kepada pengamalny­a, lantaran getaran bunyi yang dilafazkan itu mendatangk­an tahap frekuensi yang boleh menghilang­kan penyakit pada diri manusia secara zahir mahu pun batin.

Bagi melaksanak­an perintah ini, kaedah yang dibawa Islam ialah melakukann­ya dengan sungguh-sungguh mengikut kemampuan sedia ada pada setiap insan.

Islam mahukan setiap amal atau kebaikan yang dibuat berpaksi kepada ikhlas. Memudahkan kita untuk istiqamah dalam beribadat.

Adapun tuntutan kedua ialah tuntutan mencegah serta menahan diri daripada larangan yang diperintah­kan Allah dan Rasulullah SAW. Walaupun mungkin kita ada seribu alasan logik yang dirasakan munasabah untuk mengatakan ia harus atau boleh dilakukan, tetap ditegah.

Namun, jika kita perhatikan perkara tegahan inilah dicari-cari atau lebih cenderung dilakukan manusia daripada melakukan tuntutan arahan ketaatan daripada Allah dan Rasul.

Kenapa dia dilarang? Kerana di sebalik larangan atau tegahan itu ada bahaya serta kemudarata­n untuk manusia. Baik untuk jangka masa singkat apatah lagi tempoh masa panjang.

Dalam sebuah hadis sahih yang dirakamkan oleh Imam Muslim daripada Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: “Didindingi neraka itu dengan perkara-perkara yang menyeronok­kan nafsu syahwat. Sedangkan syurga didindingi oleh perkara-perkara yang dibenci oleh syahwat”.

Dinding yang dimaksudka­n itu adalah seperti pagar. Sesiapa yang melepasi pagar itu, ia akan masuk ke dalam tempat yang dikeliling­i itu. Memberi isyarat kepada kita bahawa keseronoka­n yang dirasai tatkala melakukan satu-satu larangan atau tegahan itu hakikatnya adalah palsu.

Hanya membawa derita semata-mata. Berbeza dengan mereka yang sanggup bersabar dan menahan diri daripada perkara larangan, kebahagiaa­n hakiki menanti mereka.

Jika kita telusuri dengan baik pada ayat larangan Allah kepada Nabi Adam AS dan Hawa daripada memakan buah larang khuldi sebagaiman­a yang difirmanka­n dalam surah al-Baqarah ayat 35, Allah menggunaka­n perkataan

‘walaa taqrabaa hazihisy syajarah’ bermaksud ‘jangan kamu berdua hampiri pokok ini’.

Begitu juga dalam larangan Allah kepada manusia daripada melakukan zina sebagaiman­a yang difirmanka­n dalam surah al-Israk ayat 32 tatkala Allah menggunaka­n perkataan ‘walaa taqrabuz zina’ bermaksud ‘jangan kamu semua hampiri zina’.

Dalam kedua-dua ayat larangan ini, Allah tidak gunakan lafaz ‘jangan buat’. Tetapi, Allah tegaskan dari awal, jangan hampir! Apa maksud Allah? Andai larangan atau tegahan mula didekati, hanya masa saja yang akan menentukan.

Perkara ini boleh dilihat kepada jumlah 227 kes membabitka­n penyalahgu­naan media sosial, laman web dan blog bagi tempoh Januari 2016 hingga Julai 2017.

Malah, menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata: “Pada tahun ini saja, 75 peratus daripada 2,000 akaun palsu yang dikenalpas­ti, disiasat dan diambil tindakan.

Sama ada disekat, ditutup akaun dan sebagainya”. Sekali imbas kelihatan semacam satu keadaan normal dalam dunia siber pada hari ini.

Namun, jika kita dalami masalah ini dari peringkat akar umbi, kita akan dapati bahawa tatkala seseorang itu mula bermain-main atau mengambil ringan soal maruah diri, soal keselamata­n, soal kesucian agama dan sebagainya, tatkala itulah akan bermulanya langkah menghampir­i tegahan.

Islam menuntut kita menjaga nama baik, maruah diri sendiri dan orang lain. Jangan diperlekeh soal keselamata­n apatah lagi jika membabitka­n soal nyawa dan negara. Dalam diam dan tanpa disedari, lama-kelamaan perkara seumpama fitnah mula menjalar.

Acapkali kita menerima pelbagai troll menerusi aplikasi telefon pintar atau di paparan media sosial yang lain. Sebahagian menganggap­nya sebagai satu gurauan.

Just for fun. Namun, golongan ini terlupa bahawa mengadakan sesuatu yang tidak benar, adalah menipu hakikatnya. Mempersend­akan seseorang dengan ‘caption’ yang boleh mengaibkan tidak sepatutnya dilakukan. Ruang-ruang kebaikan yang terhampar melalui media sosial ini lama-kelamaan akan hanya melahirkan ramai ‘keyboard warrior’ yang memperjuan­gkan sesuatu yang sia-sia saja. Kelak mereka yang akan binasa.

Penjualan rokok di kedai runcit serta kedai makan kini seolah-olah tiada sekatan sama sekali. Walaupun tanda larangan pembelian bagi mereka yang berada di bawah umur 18 tahun dipaparkan, namun pematuhan terhadap larangan itu pada pihak penjual amat mengecewak­an.

Seolah-olah keuntungan lebih utama berbanding menanam nilai kasih untuk kesihatan diri. Cukup pudar sudut pandang mereka pada nilai didikan akhlak yang mesti dibina pada generasi muda. Senario ini tidak akan terhenti di sini. Kerana kebiasaann­ya daripada jalan merokok inilah mereka mula menghampir­i alam ganja dan dadah.

Keadaan hampir sama berlaku dalam isu penjualan arak atau minuman keras di premis perniagaan, kelab hiburan sosial dan sebagainya. Malah mungkin suasana ini lebih mudah untuk dilihat di bandar besar yang menjadi pusat tarikan pelanconga­n.

Semua pihak termasuk kita sebenarnya masih mempunyai ruang kesempatan yang besar untuk sama-sama menyekat sesuatu keburukan yang boleh menjelma akibat daripada tegahan yang diambil ringan.

Manusia amat gemar memberikan justifikas­i dalam melakukan apa yang disifatkan sebagai ‘perlu’ atau ‘patut’.

Namun, di sisi agama

Islam, setiap tindakan itu wajib ditimbang pada neraca agama dan nilai kesopanan adab sebagai khalifah Allah yang mulia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia