Harian Metro

Laluan makin getir

 Klopp akui sukar jinak Hoffenheim

-

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp mengakui pasukannya berasa tertekan menjelang aksi kedua play-off Liga Juara-Juara menentang Hoffenheim, awal pagi esok.

Liverpool dilihat sudah menjejak sebelah kaki ke peringkat kumpulan selepas mendahului 2-0 pada aksi pertama di Jerman minggu lalu namun gol Mark Uth pada minit ke-87 kembali menghidupk­an peluang Hoffenheim.

Juara Eropah lima kali itu memerlukan gol lewat Sadio Mane untuk mengatasi Crystal Palace pada aksi Liga Perdana, Sabtu lalu dan Klopp meramalkan satu lagi pertembung­an sukar di Anfield.

“Kami mempunyai tekanan dan ia sentiasa menekan anda,” kata Klopp, yang layak ke final Liga Juara-Juara bersama Borussia Dortmund pada 2013.

“Anda perlu berada di sana dengan pantas, meraih keputusan yang dikehendak­i tapi perbezaann­ya tahun ini ia amat sukar.

“Kami sedar seri (menentang Palace), dua mata bukannya empat atau enam, ia tidak bagus, tapi anda boleh tanganinya.

“Anda tidak boleh melakukan sebegini pada kelayakan Liga Juara-Juara. Bahang saingan ini lebih sukar buat kedua-dua pasukan.”

Klopp melakukan lima perubahan dalam kesebelasa­n utamanya ketika menang 1-0 ke atas Palace dengan Andy Robertson, Ragnar Klavan, Joe Gomez, James Milner dan Daniel Sturridge semuanya beraksi.

Sesudah memanaskan bangku simpanan, Dejan Lovren, Emre Can dan pemain bintang Mohamed Salah semuanya dijangka kembali dalam kesebelasa­n utama menentang Hoffenheim kendalian Julian Nagelsmann.

Pertahanan kanan muda Trent Alexander-Arnold mungkin juga kembali, selepas direhatkan menentang Palace sesudah mencetus kemenangan Liverpool di Sinsheim dengan sepakan percuma menakjubka­n dari jarak 25 meter.

Bahang saingan ini lebih sukar buat kedua-dua pasukan

Juergen Klopp

 ??  ?? PEMAIN Hoffenheim mengasak pemain Liverpool pada aksi saingan minggu lalu.
PEMAIN Hoffenheim mengasak pemain Liverpool pada aksi saingan minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia