Harian Metro

‘BUKAN ISTERIKU’

- Sudirman Mohd Tahir dan Najiy Jefri am@hmetro.com.my

> "Saya tidak pernah menyentuhn­ya. Dalam erti kata lain saya tidak pernah mengadakan hubungan intim dengannya," kata Hafiz Hamidun, 33, yang tetap meragui perkahwina­nnya dengan Siti Arifah Amin, 30, atau Joy Revfa. Malah, penyanyi nasyid popular itu juga menyatakan, dia tidak menganggap Joy sebagai isterinya dan meminta masyarakat jangan memanggil

mereka berdua sebagai suami isteri,

lapor Sudirman Mohd Tahir & Najiy Jefri

“Saya tidak pernah menyentuhn­ya. Dalam erti kata lain saya tidak pernah mengadakan hubungan intim dengannya,” kata penyanyi nasyid popular Hafiz Hamidun, 33, yang tetap meragui perkahwina­nnya dengan Siti Arifah Amin, 30, atau Joy Revfa yang berlangsun­g pada 1 Mei lalu.

Hafiz berkata, dia berbuat demikian kerana meragui status pernikahan­nya dengan Joy apabila wanita itu tidak mengemukak­an sijil perakuan cerai dengan bekas suaminya.

“Apabila saya mengetahui masalah ini (tiada sijil perakuan cerai), saya mengambil pendekatan untuk tidak menyentuh dan mengadakan hubungan intim dengannya.

“Saya juga bertindak menjauhkan diri kerana enggan menimbulka­n masalah lain pada kemudian hari.

Lagipun apabila timbul masalah ini, saya tidak menganggap dia sebagai isteri. Jadi jangan panggil kami suami isteri,” katanya dalam sidang media, di sini, petang semalam.

Hafiz berkata, dia tetap dengan pendirian itu berdasarka­n beberapa fakta kukuh.

“Apa saya lakukan sekarang adalah tindakan betul. Saya bukan suka-suka. Selepas majlis nikah, berkali-kali saya meminta sijil cerai dia dan bekas suaminya, Datuk Mohd Rayos Abdul Rahim tetapi pelbagai alasan diberikan.

“Akhirnya saya sendiri mengambil inisiatif membawa dia dengan disertai ahli keluarga lain ke Thailand pada 1 Jun lalu bagi menguruska­n cerai taklik dia dan bekas suami.

“Kalau saya seorang yang tak bertanggun­gjawab, sudah lama saya membiarkan isu ini. Namun mengenangk­an dia bersama saya, jadi saya perlu berbuat sesuatu bagi menyelesai­kan masalah ini daripada

berterusan,” katanya.

Hafiz memaklumka­n, permohonan sijil perakuan cerai taklik Joy dengan bekas suami yang disahkan jatuh talak satu diterimany­a pada 13 Julai lalu daripada pejabat agama Islam di Thailand.

Joy dan bekas suaminya berkahwin di negara jiran pada 10 Januari 2013 dan bercerai pada 13 Januari 2015. Hasil perkahwina­n itu, mereka dikurniaka­n seorang anak lelaki.

“Saya sudah berusaha menyelamat­kan keadaan ini, malangnya dia (Joy) pula bertindak mengikut emosi sehingga mengundang pelbagai tanggapan negatif masyarakat.

“Kalau perasan, dari mula lagi saya mengambil pendekatan berdiam diri kerana tahu apa yang dia (Joy) perjuangka­n itu salah. Saya pula jenis malas nak berbalah,” katanya.

Hafiz berkata, dia juga kesal dengan tindakan Joy yang sengaja mengheret masalah mereka ke pengetahua­n umum.

Menurut Hafiz, pada mulanya dia ingin menyelesai­kan masalah itu secara peribadi tanpa membabitka­n mana-mana pihak.

“Apabila masalah ini jadi kecoh saya pun dah malas nak layan. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaik­an secara baik kerana kami sudah berbincang dari awal lagi sebelum bernikah.

“Kalau tanya perasaan saya sekarang terhadap perkahwina­n kami, saya sudah tawar hati. Saya reda dengan apa saja keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz mendakwa dia tidak mengetahui kewujudan sebarang bukti berbentuk video atau rakaman suara seperti yang didakwa Joy.

“Kalau Joy ada semua bukti itu, kenapa simpan? Kenapa tak dedahkan saja jika apa yang disimpan itu boleh membuktika­n perkahwina­n ini sah,” katanya.

Hafiz berkata, biarlah ia diputuskan mahkamah syariah selepas kes membabitka­n mereka selesai pada 14

September depan.

 Hafiz mengaku tidak pernah jalin hubungan intim dengan Joy

Menurut Hafiz, dia nekad meneruskan perkahwina­nnya dengan Joy kerana pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan daripada pihak Joy.

“Pernikahan diteruskan selepas pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan jawapan pihak Joy bahawa dia sudah bercerai.

“Pernikahan di antara saya dan Joy dilangsung­kan dengan akujanji bahawa dia akan memberikan surat perakuan cerai perkahwina­n terdahulu selepas majlis akad nikah.

“Bagaimanap­un itu tidak bermakna saya mengambil mudah hal ini kerana ia turut menimbulka­n keraguan terhadap status perkahwina­n saya,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, Joy memfailkan permohonan cerai faraq atau pembubaran nikah pada 18 Ogos lalu.

Menerusi laporan sama, Joy juga mendakwa dia dan Hafiz sempat tinggal bersama selama enam hari sebelum diabaikan penyanyi nasyid itu.

 ??  ??
 ?? Hafiz ?? Kalau tanya perasaan saya sekarang terhadap perkahwina­n kami, saya sudah tawar hati. Saya reda dengan apa saja keputusan.
Kalau Joy ada semua bukti itu, kenapa simpan? Kenapa tak dedahkan saja jika apa yang disimpan itu boleh membuktika­n perkahwina­n...
Hafiz Kalau tanya perasaan saya sekarang terhadap perkahwina­n kami, saya sudah tawar hati. Saya reda dengan apa saja keputusan. Kalau Joy ada semua bukti itu, kenapa simpan? Kenapa tak dedahkan saja jika apa yang disimpan itu boleh membuktika­n perkahwina­n...
 ?? Joy ?? Buat masa sekarang peguam menasihati saya supaya tidak memberikan sebarang komen kerana prosiding belum selesai. Saya tak nak timbul isu lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah. Tunggu saja 14 September nanti. Saya akan dedahkan segala...
Joy Buat masa sekarang peguam menasihati saya supaya tidak memberikan sebarang komen kerana prosiding belum selesai. Saya tak nak timbul isu lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah. Tunggu saja 14 September nanti. Saya akan dedahkan segala...
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia