Harian Metro

GURAUAN PATAH KAKI

Pelajar berang gurauan dalam kelas pukul rakan

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Tindakan seorang pelajar tingkatan dua bergurau dengan menyentuh rambut seorang rakan sekelasnya membawa padah apabila dia patah kaki kiri akibat dipukul rakannya itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, pelajar lelaki sekolah menengah di Senawang, di sini, berusia 14 tahun itu dikatakan mengusik rakan sekelasnya itu menyebabka­n remaja itu marah.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, mangsa memberitah­u rakannya itu tiba-tiba marah dan menampar mukanya sebanyak dua kali.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan rakannya itu segera meminta maaf.

“Namun, disebabkan kemarahann­ya yang tidak reda, akhirnya berlaku pergaduhan antara mereka.

“Pergaduhan itu menyebabka­n kaki kiri mangsa patah. Keluarga dimaklumka­n mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superinten­dan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis menerima laporan kejadian daripada kakak mangsa berusia 43 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati punca pergaduhan itu kerana mangsa bergurau dengan suspek.

“Suspek dikatakan mengangkat badan dan menjatuhka­n kaki mangsa ke lantai menyebabka­nnya patah. Pihak sekolah membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, polis mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA dibawa ke HTJ untuk mendapatka­n rawatan.
MANGSA dibawa ke HTJ untuk mendapatka­n rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia