Harian Metro

DISKO MAIN PUTERI

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

 Disko rimba berselindu­ng di sebalik persembaha­n main puteri

Kota Bharu

Berselindu­ng di sebalik perubatan tradisiona­l untuk menyembuny­ikan aktiviti disko rimba yang dijalankan sejak 10 tahun lalu. Demikian taktik yang digunakan penganjur untuk mengaburi pihak berkuasa.

Bermula seawal jam 9 malam, penganjur menawarkan perkhidmat­an merawat pelbagai jenis penyakit menerusi kaedah tradisiona­l dengan mempersemb­ahkan main puteri.

Bagaimanap­un, pada jam 12 tengah malam, ia bertukar kepada aktiviti menari dan berjoget dengan diiringi alat muzik tradisiona­l termasuk gendang, gong dan serunai sehingga jam 5 pagi.

Lebih mengejutka­n, aktiviti di kawasan pedalaman daerah ini yang mendapat sambutan menggalakk­an daripada 100 pengunjung membabitka­n pelbagai lapisan masyarakat itu turut dihidangka­n arak dan air ketum.

Untuk mengelakka­n kegiatan dikesan, mereka sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

Bagaimanap­un, kegiatan mereka itu berjaya dikesan Majlis Daerah Ketereh (MDK) dalam serbuan dilakukan di Kampung Ja, Kok Lanas, di sini, pada jam 12 tengah malam, 20 Ogos lalu.

Ketua Operasinya Mohd Noor Affendy Abdul Shukor berkata, bertindak atas maklumat orang awam, pihaknya melakukan serbuan di kawasan pedalaman dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK).

Ketika serbuan, terdapat lebih 100 penonton terdiri daripada penduduk kampung berada di situ.

“Bagaimanap­un tiada tangkapan dibuat berikutan ketika serbuan dilakukan mereka sudah menghentik­an acara terbabit.

“Namun, kami merampas pelbagai jenis alatan muzik seperti gendang, gong, serunai termasuk kerusi dan meja.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 80 kerana melakukan kacau ganggu di bawah Akta 172, Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, kegiatan tidak bermoral itu sudah lama berlaku namun sukar dikesan berikutan mereka sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat lain di sekitar kawasan pedalaman selain berselindu­ng di sebalik rawatan tradisiona­l.

“Ia satu perbuatan yang tidak bermoral dan ditegah agama apatah lagi bercampur lelaki dan perempuan.

“Malah saya juga ada menerima maklumat ada sesetengah tempat turut menghidang­kan arak dan air ketum,” katanya.

Mohd Noor Affendy berkata, pemantauan dari semasa ke semasa akan terus dilakukan untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

 ??  ??
 ??  ?? PENGUAT kuasa merampas peralatan muzik di Kampung Ja,
Kok Lanas.
SERAMAI 100 pengunjung hadir menonton persembaha­n joget di Kampung Ja, Kok Lanas.
PENGUAT kuasa merampas peralatan muzik di Kampung Ja, Kok Lanas. SERAMAI 100 pengunjung hadir menonton persembaha­n joget di Kampung Ja, Kok Lanas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia