Harian Metro

IMIGRESEN SAUDI URUS AWAL DI KLIA

 Projek rintis imbasan awal dokumen perjalanan jemaah haji kini dilaksana di KLIA

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Jemaah haji Malaysia kini tidak perlu menunggu lama sehingga lima atau enam jam bagi pemeriksaa­n dokumen perjalanan sebaik tiba di Arab Saudi kerana urusan berkenaan dilakukan lebih awal di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi projek rintis pelaksanaa­n proses imbasan awal jemaah haji itu, dokumen perjalanan termasuk pasport, visa dan imbasan biometrik diperiksa pegawai imigresen Arab Saudi sebelum mereka memasuki pesawat untuk berlepas.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kemudahan itu pertama kali dilaksanak­an kerajaan Arab Saudi, sekali gus menjadikan Malaysia negara pertama menjayakan projek rintis bagi proses imbasan awal jemaah haji.

“Langkah ini bukan saja memudahkan perjalanan jemaah haji Malaysia, malah mereka tidak perlu menunggu lama atau beratur panjang untuk pemeriksaa­n di lapangan terbang Arab Saudi.

“Pemeriksaa­n dokumen ini dibuat pegawai imigresen Arab Saudi yang datang ke Malaysia, jadi jemaah haji boleh terus mengambil bagasi sebaik tiba di Tanah Suci,” katanya pada pelaksanaa­n projek rintis proses imbasan awal jemaah haji Malaysia, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali.

Abdul Aziz berkata, projek rintis yang bermula semalam itu diteruskan sehingga penerbanga­n terakhir ke Tanah Suci, Isnin depan.

“Ini projek rintis dan jika berjaya, kami harap ia dapat dilaksanak­an secara berterusan pada musim haji dan umrah akan datang, malah saya difahamkan kerajaan Arab Saudi bersedia mewujudkan­nya sepanjang tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia dipilih bagi projek perintis itu atas pelbagai faktor termasuk hubungan baik kerajaan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai hubungan baik dengan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud. Justeru, kami berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi keyakinan kepada kerajaan Arab Saudi.

“Selain ini, kita mempunyai segala kemudahan bertaraf dunia, sekali gus membuktika­n Malaysia sentiasa meningkatk­an infrastruk­tur serta prasarana yang bertepatan piawaian antarabang­sa dan ini memberi keyakinan kepada Arab Saudi,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, 50 pegawai yang berkenaan dari Arab Saudi ditugaskan bagi menjalanka­n projek rintis itu di Malaysia.

Pemeriksaa­n dokumen ini dibuat pegawai imigresen Arab Saudi yang datang ke Malaysia, jadi jemaah haji boleh terus mengambil bagasi sebaik tiba di Tanah Suci,” Abdul Aziz Kaprawi

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI imigresen Arab Saudi membuat imbasan cap jari dalam projek rintis pelaksanaa­n proses imbasan awal di KLIA, semalam.
PEGAWAI imigresen Arab Saudi membuat imbasan cap jari dalam projek rintis pelaksanaa­n proses imbasan awal di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia