Harian Metro

Kaki lalok menghilang

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Mereka seolah-olah dapat menghidu kehadiran polis apabila pondok usang yang menjadi markas utama penagih dadah di Setapak, di sini, sepi ketika serbuan dilakukan.

Dalam operasi diketuai Ketua Balai Polis Setapak Asisten Superinten­dan Wee Bee Seng bersama 32 anggota bermula jam 11 pagi semalam, polis menahan empat penagih.

Difahamkan pondok berkenaan kerap dikunjungi puluhan penagih bagi mendapatka­n dadah sejak dua bulan lalu hingga menimbulka­n kegusaran orang ramai.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, semua suspek dibawa ke Balai Polis Setapak sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk ujian air kencing.

“Ujian saringan mendapati suspek positif dadah dan sampel air kencing dibawa ke makmal kimia untuk proses pertuduhan di mahkamah,” katanya ketika dihu-

 Serbuan di pondok usang tahan 4 suspek

bungi, semalam.

Beliau berkata, operasi itu bertujuan mencegah jenayah di kawasan berkenaan berikutan pihaknya kerap menerima laporan membabitka­n jenayah jalanan.

“Selain anggota polis, beberapa ahli persatuan penduduk turut memberikan kerjasama melakukan rondaan di sekitar Setapak, di sini.

“Mereka dibahagika­n kepada lima kumpulan dan membuat pemeriksaa­n rawak di beberapa kawasan panas,” katanya.

 ??  ?? PONDOK usang yang digunakan penagih untuh menghisap dadah dirobohkan, semalam.
PONDOK usang yang digunakan penagih untuh menghisap dadah dirobohkan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia