Harian Metro

Modal RM10 beg Michael Kors ciplak

-

Kuala Lumpur: Modal hanya RM10 bagi setiap satu dompet diseludup namun dijual kepada pelancong asing pada harga RM1,000.

Itu modus operandi sindiket barangan tiruan yang mengaut keuntungan besar dengan menipu pelanggan.

Barangan tiruan itu disusun di dalam rak cermin eksklusif bagi mengeliruk­an pelanggan yang menyangka ia adalah barangan tulen.

Bagaimanap­un kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan pegawai penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menyerbu sebuah premis di Jalan Kenanga di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mhd Yusof Wan Taib berkata, operasi dijalankan berdasarka­n aduan daripada wakil cap dagang sah di negara ini dan risikan selama seminggu.

Katanya, sebanyak 38 beg tangan dan dompet tiruan berjenama Michael Kors dirampas dan disita kerana melanggar Akta Perihal Dagangan 2011.

“Jumlah barangan tiruan yang dirampas bernilai RM36,000 berdasarka­n harga pasaran semasa.

“Beberapa pekerja di dalam premis itu turut diambil keterangan bagi membantu siasatan dan menjejaki pembekal barangan tiruan itu,” katanya.

Wan Mhd Yusof berkata, premis terbabit menjual barangan tiruan setanding dengan harga produk tulen bagi mengeliruk­an pelanggan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, peniaga itu boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap unit barangan atau dipenjara tidak lebih tiga tahun.

 ??  ?? PEGAWAI penguatkua­sa KPDNKK memeriksa beg tangan tiruan berjenama di premis di Jalan Kenanga.
PEGAWAI penguatkua­sa KPDNKK memeriksa beg tangan tiruan berjenama di premis di Jalan Kenanga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia