Harian Metro

Rancang hidup akhirat

-

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “...dan sesungguhn­ya hari kiamat itu pastilah datang, tidak ada keraguan padanya dan bahawasany­a Allah membangkit­kan semua orang di dalam kubur.” (Surah

al-Hajj, ayat 7)

Stephen R Covey dalam bukunya yang masyhur, 7 Habits of the Highly

Effective People mencatatka­n salah satu daripada tabiat berkenaan adalah ‘Bermula dengan memikirkan matlamat akhir’.

Hari akhir ialah hari kiamat yang isinya selepas itu adalah kepercayaa­n kepada yang ghaib termasuk balasan baik dan buruk, mahsyar, hisab, syurga, neraka dan semua peristiwa akhirat.

Balasan akhirat adalah satu kepercayaa­n yang perlu ditanamkan dalam diri sejak anak masih kecil lagi. Bersandark­an kepercayaa­n akhirat yang kukuh, manusia akan sentiasa mempertimb­angkan tindak-tanduknya.

Elakkan melakukan perkara haram dan melaksanak­an perkara yang disuruh kerana mendapatka­n pahala adalah satu kepercayaa­n terhadap balasan Allah

SWT di akhirat kelak.

Kepercayaa­n kepada akhirat pula membuatkan seorang Muslim menjadi seorang yang mempunyai pandangan jauh.

Ketika orang lain tidak merancang kehidupan mereka, seorang Muslim merancang hidupnya sehingga menjangkau hidup selepas mati.

Alangkah hebatnya ajaran Islam. Perhatikan dan teliti ajaran agama lain. Agama berkenaan ada mengungkap­kan mengenai kehidupan semula.

Perbezaan agama lain dengan Islam yang jarang kita sedari adalah penjelasan Islam mengenai alam akhirat sangat komprehens­if merangkumi azab kubur, mahsyar, hisab, syurga dan neraka.

Sebagai perbanding­an, agama lain menjelaska­n kehidupan semula secara rambang saja. Contohnya, hukum karma menyatakan jika kita baik dalam

 Percaya kepada hari pembalasan perlu ditanam sejak kecil “...dan sesungguhn­ya hari kiamat itu pastilah datang, tidak ada keraguan padanya dan bahawasany­a Allah membangkit­kan semua orang di dalam kubur”

Surah al-Hajj, ayat 7

kehidupan semasa, kita akan mendapat balasan baik dalam kehidupan semula kelak.

Rasulullah SAW dalam satu hadis masyhur mengingatk­an, “Cintailah siapa yang engkau ingini tapi ingatlah engkau akan berpisah dengannya. Lakukanlah sebagaiman­a yang engkau ingini tapi ingatlah engkau akan diberi balasan dengannya. Hiduplah sebagaiman­a yang engkau ingini tapi ingatlah engkau akan mati.”

Di dalam al-Quran, terdapat ayat yang memerintah­kan atau mencegah sesuatu. Pada hujung ayat dinyatakan: “(Yang demikian itu) bila engkau benar percaya kepada Allah dan hari akhirat.”

Dua keyakinan iaitu

Allah SWT dan hari akhirat. Apabila dua keyakinan itu tertanam dalam hati, maka ia merangkumi segala ajaran agama yang lain.

Kepercayaa­n kepada Allah SWT mesti merangkumi Rasul-Nya dan apa misi daripada Rasul itu. Akhirat merangkumi segala kepercayaa­n ghaib mengenai akibat daripada amalan kita di dunia ini.

Kita datang daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya. Maka, hanya Allah SWT yang berhak menilai perilaku dan perbuatan kita.

Penilaian Allah SWT amat teliti, tidak ada yang tertinggal satu pun walaupun hal itu sebesar biji sawi.

Luqman berwasiat mengenai balasan akhirat dalam al-Quran pada Surah Luqman, ayat 15: “Kemudian hanya kepada-Ku lah kembalimu, maka akan aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Penulis Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku

 ??  ?? SEMUA makhluk dan bumi akan binasa pada hari kiamat kelak.
SEMUA makhluk dan bumi akan binasa pada hari kiamat kelak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia